Syarikat Pengumpul Barang Lusuh Didenda Rm25,000 Kerana Mencemarkan Udara

Sebuah kilang yang menjalankan aktiviti pengumpulan barang lusuh didenda sebanyak RM25,000 bagi dua (2) pertuduhan oleh Mahkamah Sesyen kerana  gagal mematuhi Notis Arahan yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) di bawah Seksyen 31(1) & Seksyen 37(1), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Hakim menjatuhkan hukuman itu terhadap pengarah syarikat yang mengaku bersalah

Baca Selanjutnya»

JAS Selangor Tahan Operasi Premis Cuci Tong Drum Berisi Sisa Toksik Yang Menjadi Punca Air Parit Berbuih Putih Di Telok Gong, Selangor

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor dan Majlis Perbandaran Klang (MPK) telah menyerbu sebuah premis yang didapati menjalankan aktiviti mencuci tong-tong terpakai secara haram di Jalan Telok Gong, Pelabuhan Klang, Selangor. Aktiviti di premis tersebut didapati menjadi punca kepada pembentukan buih berwarna putih di dalam parit di sekitar kawasan perumahan

Baca Selanjutnya»

Malaysia Komited Dalam Perlindungan Lapisan Ozon Dan Iklim Bumi Melalui Ratifikasi Pindaan Kigali Di Bawah Protokol Montreal

Malaysia telah meratifikasi Pindaan Kigali kepada Protokol Montreal mengenai Bahan Penipis Lapisan Ozon di bawah Konvensyen Vienna bagi Perlindungan Lapisan Ozon. Instrumen bagi ratifikasi ini telah dikemukakan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang berpusat di New York, Amerika Syarikat pada 21 Oktober 2020 melalui Kementerian Luar Negeri. Ratifikasi ini menunjukkan komitmen

Baca Selanjutnya»

Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor Gantung Lesen Kilang Kelapa Sawit Sebabkan Pencemaran Sungai, Sungai Sembrong Kiri di Kluang, Johor

KLUANG – Pada 13 Oktober 2020, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Kluang telah menerima aduan mengenai pencemaran air Sungai Sembrong Kiri yang menyebabkan air bertukar warna menjadi kehitaman. Pencemaran tersebut turut mengakibatkan penutupan loji Semberong Timur dan menjadi punca kepada gangguan bekalan air kepada penduduk persekitaran selama beberapa jam. Pada masa

Baca Selanjutnya»

Operasi Gempur Cegah Isu Pencemaran Alam Sekitar

25 September 2020, PUTRAJAYA – Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) menjalankan penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974) dan Peraturan-Peraturan di bawahnya melalui Operasi Gempur di seluruh negara. Bagi tempoh Januari sehingga 18 September 2020, JAS telah melaksanakan 72 Operasi Gempur di seluruh Negara

Baca Selanjutnya»