Dua orang telah dituduh di Mahkamah Sesyen Selayang pada 23 November 2020 susulan insiden empat Loji Rawatan Air (LRA) iaitu Rantau Panjang, Sungai Selangor Fasa 1,2 dan 3 yang dihenti tugas hingga menyebabkan gangguan bekalan air di Lembah Klang pada 10 November 2020 yang lalu.

Kedua-dua tertuduh turut dihadapkan dengan lima pertuduhan lain di bawah Seksyen 34B(1)(a), Seksyen 34A(2), Seksyen 18(1) dan Seksyen 19(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974; dan Seksyen 61(1)(b) Akta Industri Perkhidmatan Air Negara 2006.

FINAL_Kenyataan-Akhbar-KASA_Dua-Orang-Dituduh_Velox-Rawang_UKK