BAHAGIAN IBU PEJABAT

Fungsi

  1. Memberi khidmat nasihat/sokongan dan kemudahan asas Jabatan seperti penyewaan ruang termasuk diperingkat negeri, urusan harta modal, aset kerajaan, fail sulit/terbuka dan dokumen terperingkat, aduan keselamatan, kebersihan ruang pejabat bangunan, kenderaan bagi aktiviti penguatkuasaan dan urusan rasmi kerajaan, memantau rekod kehadiran pegawai, penerimaan/penghantaran surat dan pos laju.
  2. Menerima faks, panggilan telefon dan membuat sambungan panggilan kepada pegawai yang terlibat.
  3. Mencetak dan menjilid dokumen.
  4. Menyelaras permohonan pengisian jawatan bukan gunasama/gunasama, menyediakan laporan perjawatan bulanan ke KASA/pihak berkuasa melantik berkaitan, menjalankan kajian semula skim perkhidmatan, urusan penempatan dan pertukaran/pinjaman serta pertukaran sementara.
  5. Mengendalikan semua urusan sumber manusia Jabatan, tanggung kerja, LNPT, Laporan Perisytiharan Harta, Mesyuarat Panel Pembangunan Sumber Manusia, pergerakan gaji, cuti rehat, MBJ, kemudahan elaun, kajian kepuasan bekerja, GCR, AKRAB, Mentor Mentee, Opsyen, pencalonan Anugerah Pingat dan Kebesaran (Persekutuan/Negeri), Mesyuarat Perhubungan Pengurusan Sumber Manusia JAS dan menguruskan buku perkhidmatan kerajaan serta urusan tatatertib dan urusan kenaikan pangkat.
  6. Merancang dan menguruskan pelaksanaan projek HRMIS, memantau rekod-rekod perkhidmatan dan menyediakan laporan pelaksanaan HRMIS mengikut modul/submodul.
  7. Merancang, mengurus dan menyelia peruntukan belanja mengurus, pembangunan dan akaun amanah mengikut peraturan semasa yang berkuatkuasa.
  8. Urus setia perolehan jabatan.

Fungsi

  1. Merangka strategi dan hala tuju tindakan penguatkuasaan bagi premis-premis yang ditetapkan (PYDT) dan premis-premis yang bukan ditetapkan (PYBDT).
  2. Menetapkan KPI penguatkuasaan Jabatan Alam Sekitar dan memantapkan program penguatkuasaan JAS Negeri serta status sasaran pematuhan.
  3. Menetapkan sasaran/laporan pematuhan mengikut jenis premis pencemaran dan peraturan- peraturan di bawah AKAS 1974.
  4. Mengeluarkan sijil pengesahan di bawah Seksyen 40 AKAS 1974 untuk pengesahan dan ketetapan KPAS bagi kes-kes tindakan mahkamah yang dirujuk JAS Negeri.
  5. Mengawalselia penerimaan dan penyaluran kes-kes aduan pencemaran alam sekitar untuk tindakan JAS Negeri atau agensi-agensi yang berkaitan.
  6. Mengendalikan Bilik Operasi yang berfungsi 24 jam sehari sebagai saluran Hotline KASA.
  7. Mengawalselia tindakan siasatan aduan maklumbalas kepada pengadu.
  8. Mengurus pangkalan data aduan pencemaran alam sekitar dan laporan berkala status penyelesaian aduan kepada KASA dan Biro Pengaduan Awam.
  9. Menyediakan maklumbalas atau nota makluman berkaitan kes aduan yang rumit/berkepentingan awam kepada KASA atau YBM KASA, menjelaskan siasatan dilapangan bagi kes aduan terklas atau rumit serta laporan tahunan pencemaran alam sekitar.
  10. Berurusan dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) di bawah Penyelarasan Majlis Keselamatan Negara (MKN), JPM.
  11. Mengemaskini dan mengurus pangkalan data inventori punca-punca pencemaran tetap, hasil penguatkuasaan, notis arahan, kompaun, perintah larangan dan tindakan mahkamah.
  12. Mengemukakan penemuan audit dan syor pengurusan kepada EiMAS sebagai maklumbalas untuk keberkesanan latihan penguatkuasaan.

Fungsi

  1. Merangka dan mentransformasi hala tuju bagi pengukuhan mekanisme dan prosedur EIA di Malaysia.
  2. Merangka dan mentransformasi hala tuju bagi pengukuhan mekanisme Input pembangunantermasuk input ZEE dan Akta Pelantar Benua.
  3. Memproses Laporan EIA bagi Jadual Kedua dan Jadual Pertama melibatkan lebih dari 1 negeri.
  4. Mengawalselia Skim Pendaftaran orang yang layak di bawah Seksyen 33A (Auditor Alam Sekitar) dan Seksyen 34A(2) (Jururunding EIA).
  5. Menganggotai Jawatankuasa Teknikal lain-lain agensi bagi input awal pelaksanaan pembangunan yang dirancang.
  6. Menganggotai Jawatankuasa Teknikal lain-lain agensi bagi pembentukan polisi,dasar dan hal tuju bagi pembangunan lestari dan pengekalan biodiversiti di peringkat kebangsaan.
  7. Menerbitkan garispanduan yang berkaitan bagi penyelarasan panduan pembangunan kepada pihak berkepentingan.
  8. Merangka, merancang dan mentransformasi penguatkuasaan EIA secara berkesan.
  9. Memantau pelaksanaan projek-projek EIA Strait Of Johor (SOJ) dan projek di bawah Settlement Of Agreement, 2005.
  10. Menguruskan dan mengemaskini inventori berkaitan projek pembangunan (EIA dan Input), peguatkuasaan EIA di Malaysia.
  11. Menetapkan sasaran/KPI bagi penetapan Post EIA di Malaysi.
  12. Memberi khidmat nasihat serta menjadi pakar rujuk bagi pelaksanaan integrasi pembangunan lestari sebagi model/tandaaras kepada pelabur (pra-perancangan) di peringkat dalaman dan kebangsaan.

Fungsi

  1. Melaksanakan Konvensyen Basel, Konvensyen Stockholm dan Konvensyen Rotterdam.
  2. Mengawalselia lesen dalam menguruskan data buangan terjadual (inventori).
  3. Menyemak syarat-syarat lesen dan kebenaran bertulis buangan terjadual.
  4. Menguruskan maklumat data konsainan.
  5. Menjalankan audit alam sekitar ke atas penjana dan kemudahan pemerolehan kembali buangan terjadual.
  6. Menguruskan sisa-sisa klinikal dan bahan kimia EHS.
  7. Menguruskan system e-swis dan e-perlesenan bersama BTM.
  8. Menyedia data kontraktor perlesenan dalam laman web JAS.
  9. Membentuk dan menguruskan inventori tanah tercemar dan menjalankan kajian tanah tercemar dan pemulihan tapak.
  10. Membantu dalam pencegahan dan penyiasatan kegiatan pelupusan haram serta mengemaskini penyiasatan SOP.
  11. Menyedia dan mengemaskini SOP kerja-kerja pembersihan tapak pelupusan haram.
  12. Membentuk tabung alam sekitar dan pengurusannya.
  13. Menyedia, menyemak dan mengemaskini undang undang dan garis panduan buangan terjadual.
  14. Menyemak dan mengemaskini kategori dan kriteria buangan terjadual.
  15. Menilai pengurusan khas buangan terjadual.
  16. Menilai inisiatif kitarsemula/gunasemula.

Fungsi

  1. Kajian pengawasan air sungai dan program baru iaitu mengawalselia program, melaksanakan pengawasan, QA/QC, proses bayaran perkhidmatan kajian stesen pengawasan dan menggubal peraturan berkaitan sungai, air tanah, marin & alam sekitar.
  2. Pengurusan data sungai, validasi data analisis data, interpretasi data, sebaran maklumat (EQR), penstoran dan keselamatan.
  3. Inventori pencemaran air punca tetap dan punca ‘Non Point’, pencemaran air daratan (PS dan NPS), kajian pencemaran air dan langkah penyelesaian.
  4. Menyediakan kajian pelaksanaan IRBM, IRWM dan pelan tindakan kajian kajian sungai.
  5. Mengemaskini data mengikut lembangan sungai, mengurus dan menyelia kemasukan data inventori punca-punca tetap oleh JAS Negeri.
  6. Program pengawasan telaga air tanah (kilang, pelbagai pengguna dan agensi lain).
  7. Pembentukan program baru (standard kriteria dan indeks), kajian semula stesen pengawasan.
  8. Pengawasan program, QA/QC air marin, peralatan, program baru dan pengurusan validasi data, analisis data sebaran maklumat (EQR), penstoran dan keselamatan data.
  9. Maritim dan hubungan luar, mengenal pasti inventori punca pencemaran marin (Sea-Based-Land Based), mengumpul, mengemaskini maklumat lokasi ekosistem marin yang bernilai dan sensitif terhadap pencemaran.
  10. Memantau perubahan persekitaran marin (fizikal dan biologikal), kesan daripada aktiviti pembangunan projek infra, rekreasi, pengangkutan dan bencana terhadap ekosistem marin serta nilai estetik.
  11. Menyelaras program pengurusan dan kawalan pencemaran marin di peringkat antarabangsa, serantau dan nasional bagi membentuk garis panduan dan polisi berkaitan maritim, aplikasi teknologi terkini dan memantau pencemaran ekosistem.
  12. Penyelaras/ urusetia Rancangan Kontigensi Kebangsaan Kawalan Tumpahan Minyak, penggunaan Dispersent dan pembersihan pantai.

Fungsi

  1. Merancang , menganjurkan dan menyelaras program kesedaran alam sekitar melibatkan orang awam, agensi kerajaan, swasta, NGO dan industri seperti Hari Alam Sekitar Negara (HASN) Hari Bumi, Anugerah Langkawi dan sebagainya.
  2. Menguruskan program dan penyertaan Rakan Alam Sekitar yang melibatkan program Denai Sungai, Kudah (Plogging),Pembersihan Pantai, Penanam Pokok dan Inisiatif Rakan strategik.
  3. Meningkatkan dan memperkukuhkan CEPA antara JAS dan pihak berkepentingan melalui saluran media sebagai satu pendekatan norma baharu dan juga menguruskan media sosial sebagai salah satu medium penyampaian. Program webinar dengan pelbagai tajuk berkaitan isu semasa juga perlu dirancang dan dilaksanakan termasuklah program Pocket Talk dan sebarang bicara santai secara maya.
  4. Membentuk dan menyediakan montaj, video, infografik dalam menyampaikan maklumat kepada orang awam.
  5. Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksana program kesedaran dan Pendidikan alam sekitar dengan Kerjasama KPM, DBP dan agensi berkaitan seperti Sekolah Lestari, Kampus Lestari, Debat Alam Sekitar, Tesis 3 Minit Alam Sekitar serta penyediaan Modul Kelab Alam Sekitar.
  6. Merancang dan menerbit serta menyebarkan maklumat berkaitan alam sekitar dan menguruskan pusat sumber JAS. Antara penerbitan yang perlu dilaksanakan ialah EQR, Laporan, Tahunan, Kompendium, Buku Ilmiah,E-Buletin, Green Tips Promosi Monday is English Speaking Day.
  7. Menyediakan budget bagi program antarabangsa serta menyelaraskan kerjasama dua hala, serantau dan antarabangsa dalam perundingan berkaitan isu-isu alam sekitar. Antara mesyuarat yang diuruskan adalah MEXCOE,NEHAP, MSJCE, AWGEE, ASOEN dan sebarang input yang diperlukan berkaitan alam sekitar seperti APEC dan FTAs.

Fungsi

  1. Mengkaji, mengemaskini dan merangka perundangan dan standard pelepasan berkaitan pencemaran udara dan bau daripada industri, punca-punca bergerak, bunyi bising ambien dan gegaran serta penghapusan bahan bahan pemusnah lapisan ozon.
  2. Menyediakan garispanduan dan prosedur operasi tetap (SOP) berhubung kawalan pencemaran daripada kenderaan bermotor, pengukuran bunyi bising, penguatkuasaan pembakaran terbuka dan pengawasan parameter baru udara.
  3. Pembentukan Dasar dan Polisi, strategi dan program penghapusan bahan-bahan pemusnah ozon (BPO).
  4. Memantau pematuhan kepada Protokol Montreal
  5. Menyelaras program penghapusan kebangsaan ozon yang dilaksanakan oleh industri, agensi, kerajaan dan swasta.
  6. Mengumpul, mengemaskini dan menyediakan laporan inventori GHG bagi Sektor Sisa Buangan.
  7. Menjadi pusat data inventori GHG Kebangsaan (GHG Data Clearing House).
  8. Memberi input teknikal mengenai isu berkaitan perubahan iklim di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
  9. Melaksanakan aktiviti di bawah Perjanjian ASEAN Jerebu Merentasi Sempadan.
  10. Melaksanakan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan.
  11. Melaksanakan Program Pencegahan Kebakaran dan Pengurusan Tanah Gambut.
  12. Membuat validasi, analisa dan menterjemah data-data pengawasan kualiti udara.
  13. Mengawalselia pelaksanaan program penswastaan pengawasan udara dan menyemak rangkaian pengawasan kualiti udara kebangsaan.
  14. Melaksanakan kajian khas berkaitan kualiti udara.
  15. Mengkaji, mengenalpasti dan melaksana-kan program program untuk mengawal pelepasan asap dan bunyi bising dari kenderaan bermotor.

Fungsi

  1. Merancang, menggubal dan melaksana strategi pendigitalan dan penggunaan teknologi maklumat dalam pengurusan alam sekitar yang cekap dan memastikan dasar teknologi maklumat sektor awam dilaksanakan dalam pentadbiran Jabatan.
  2. Mengemaskini dasar, peraturan dan garis panduan bagi pengguna dan keselamatan ICT.
  3. Merancang, mengkaji, mengurus, membangun dan merekabentuk keperluan sistem aplikasi baharu dan menaik taraf sistem aplikasi sedia ada bagi memenuhi keperluan semasa Jabatan.
  4. Mengurus, menyelenggara, memantau dan memastikan sistem aplikasi sedia ada sentiasa beroperasi & diselenggara dengan  baik.
  5. Merancang, membangun dan  menguruskan infrastruktur GIS, pangkalan data GIS, aplikasi GIS & keperluan latihan GIS, membuat analisis GIS dan Remote Sensing dalaman dan luar Jabatan.
  6. Menyediakan prasarana ICT dan  GIS serta sistem rangkaian,  komunikasi ICT yang berkesan.
  7. Menambahbaik, mengkaji dan  melaksanakan keperluan rangkaian kawasan setempat (LAN), rangkaian kawasan luas (WAN), portal/web, capaian internet dan sistem e-mel Jabatan.
  8. Merancang, mengkaji, mengurus,  dan melaksanakan keperluan  keseluruhan pusat data atau bilik  server Jabatan termasuklah  perkakasan rangkaian, server,  kapasiti storan, sistem pengoperasian, perisian sokongan, prasarana ICT dan peralatan audio visual, backup/recovery dan multimedia.
  9. Menyediakan latihan, khidmat  nasihat, sokongan dan kepakaran  teknikal yang berkaitan dengan GIS.
  10. Menerapkan budaya penggunaan teknologi maklumat, merancang dan menyediakan latihan ICT dan GIS.

Fungsi

  1. Mengenalpasti keperluan latihan dalam bidang undang undang, EIA, Pengurusan Alam Sekitar, kawalan hakisan dan kelodak, penguatkuasaan, kelodak, pengurusan buangan terjadual, pengendalian alat kawalan pencemaran udara dan pengendalian sistem rawatan effluent industri serta pelepasan pencemaran udara, pengurusan soft skill dan pencemaran air.
  2. Melaksanakan program penyelidikan dan pembangunan bagi projek projek pengeluaran bersih dan lain-lain inisiatif industri hijau.
  3. Menganjurkan kursus latihan dalam bidang undang-undang, penguatkuasaan dan pendakwaan untuk warga JAS dan pelanggan JAS menilai keberkesanan latihan.
  4. Melaksanakan program outreach bersama agensi, institusi kewangan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan industri hijau.
  5. Melaksanakan program pembangunan kepakaran pengeluaran bersih, inisiatif industri hijau bagi pegawai-pegawai JAS dan industri.
  6. Melaksanakan Bantuan Audit pengeluaran bersih dan khidmat nasihat kepada industri bagi meningkatkan pematuhan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan pengurangan Carbon Footprint.
  7. Mengubal peraturan-peraturan dan mengkaji polisi berkaitan industri hijau serta meningkatkan kerjasama tempatan dan antarabangsa.
  8. Menilai keberkesanan latihan pengurusan program Latihan Kerjasama Luar Negeri seperti MTCP, MSJCE dan JICA
  9. Menjalankan promosi bagi pelaksanaan kehendak alam sekitar terkini berkenaan alam sekitar.
  10. Melaksanakan urusan sumber manusia, stor, inventori, pengurusan kewangan, sebut harga/tender, hasil Anggaran Belanjawan Mengurus, Pembangunan dan Amanah.
  11. Mengendalikan urusan laman web, data management & perpustakaan.