MAJLIS KUALITI ALAM SEKELILING

Pada tahun 2020, Majlis Kualiti Alam Sekeliling telah mengadakan Mesyuarat Majlis Kualiti Alam Sekeliling (EQC) Bilangan Ke-128 pada 10 Julai 2020 yang dipengerusikan oleh Pengerusi Majlis Kualiti Alam Sekeliling, YBhg. Dato’ Dr. Nadzri bin Yahaya.
Walaupun Jabatan Alam Sekitar (JAS) kini telah diletakkan di bawah pengurusan Kementerian Alam Sekitar dan Air, pelantikan ahli Majlis Kualiti Alam Sekeliling (EQC) yang telah dibuat di bawah Seksyen 4, Akta Kualiti Alam Sekeling masih berkuatkuasa bagi tempoh sehingga 31 Mei 2022.
Pelantikan ahli Majlis adalah selama tiga (3) tahun bermula pada 1 Jun 2019 sehingga 31 Mei 2022. Senarai ahli EQC penggal ke-16 adalah seperti di Jadual 1.

Mesyuarat telah membincangkan satu kertas pertimbangan berkaitan Cadangan Gubalan Baharu Atau Pindaan Peraturan Berkaitan Kawalan Bahan Pencemar Baharu yang iaitu kawalan pencemaran daripada aktiviti penternakan, perlombongan, akuakultur, air daripada aktiviti cucian dan basuhan di rumah (greywater).

EQC 2020

Muat Turun PDF