PROGRAM KOMUNITI

Program CEPA ini bertujuan untuk memupuk kesedaran di kalangan masyarakat pelbagai peringkat dalam menjaga serta melestarikan pengurusan sumber alam. Selaras dengan Dasar Alam Sekitar Negara dalam hala tuju pengurusan alam sekitar negara, program CEPA ini dapat memberi pendedahan kepada semua peringkat masyarakat terhadap kepentingan penjagaan alam sekitar yakni memiliki udara yang bersih dan sumber air yang bersih serta persekitaran yang selamat. Di samping itu, masyarakat pelbagai peringkat diberi penerangan mengenai perundangan berkaitan alam sekitar agar mereka boleh menjadi mata dan telinga kepada JAS terhadap aktiviti pencemaran alam sekitar pada masa kini yang penuh dengan cabaran seperti pembakaran terbuka, pembuangan sisa toksik dan sebagainya.

Program ini juga turut diadakan secara maya (virtual) oleh JAS dan agensi pelaksana ketika tempoh berkuatkuasa PKP dan PPN berikutan situasi COVID-19 yang melanda Negara. 

Objektif program ini seperti berikut: 

  • Menyampaikan maklumat mengenai Undang-Undang Alam Sekitar dan aktiviti pencemaran alam sekitar khususnya pembakaran terbuka melalui pelbagai saluran program ke semua peringkat lapisan masyarakat;
  • Menyampaikan mesej larangan pembakaran terbuka di kawasan tanah gambut dan kawasan berisiko kebakaran melalui pelaksanaan dengan pelbagai aktiviti masyarakat;
  • Menerapkan rasa kebertanggungjawab serta pemilikan (ownership) kepada masyarakat setempat terhadap kawasan tanah gambut dan kawasan sering terbakar serta penjagaan kualiti alam sekitar; dan
  • Mendidik kebertanggungjawaban bersama dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar untuk kesejahteraan generasi akan datang

KUMPULAN SASARAN

i) Orang awam/masyarakat;

ii) Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah;

iii) Komuniti Tanah Gambut (Petani, Penduduk dan masyarakat berhampiran); dan

iv) Komuniti Orang Asli.

Please wait while flipbook is loading. For more related info, FAQs and issues please refer to DearFlip WordPress Flipbook Plugin Help documentation.