Fungsi Penguatkuasaan

  1. Memperkasakan perundangan melalui semakan atau pindaan perundangan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-peraturan di bawahnya.
  2. Merangka strategi dan hala tuju tindakan penguatkuasaan ke atas premis dan kenderaan bermotor yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
  3. Menerima, menyelaras dan mengawalselia kes-kes aduan pencemaran alam sekitar untuk tindakan JAS Negeri atau agensi-agensi yang berkaitan.
  4. Mengawalselia dan menguruskan keperluan berkaitan logistik penguatkuasaan.
  5. Mempromosi dan meningkatkan amalan pengeluaran bersih di kalangan industri.
  6. Menjalankan audit permatuhan ke atas premis yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar (Kilang Kelapa Sawit Mentah dan Kilang Getah Asli Mentah).