Fungsi Penguatkuasaan

  1. Merangka strategi dan hala tuju tindakan penguatkuasaan bagi premis-premis yang ditetapkan (PYDT) dan premis-premis yang bukan ditetapkan (PYBDT).
  2. Menetapkan KPI penguatkuasaan Jabatan Alam Sekitar dan memantapkan program penguatkuasaan JAS Negeri serta status sasaran pematuhan.
  3. Menetapkan sasaran/laporan pematuhan mengikut jenis premis pencemaran dan peraturan- peraturan di bawah AKAS 1974.
  4. Mengeluarkan sijil pengesahan di bawah Seksyen 40 AKAS 1974 untuk pengesahan dan ketetapan KPAS bagi kes-kes tindakan mahkamah yang dirujuk JAS Negeri.
  5. Mengawalselia penerimaan dan penyaluran kes-kes aduan pencemaran alam sekitar untuk tindakan JAS Negeri atau agensi-agensi yang berkaitan.
  6. Mengendalikan Bilik Operasi yang berfungsi 24 jam sehari sebagai saluran Hotline KASA.
  7. Mengawalselia tindakan siasatan aduan maklumbalas kepada pengadu.
  8. Mengurus pangkalan data aduan pencemaran alam sekitar dan laporan berkala status penyelesaian aduan kepada KASA dan Biro Pengaduan Awam.
  9. Menyediakan maklumbalas atau nota makluman berkaitan kes aduan yang rumit/berkepentingan awam kepada KASA atau YBM KASA, menjelaskan siasatan dilapangan bagi kes aduan terklas atau rumit serta laporan tahunan pencemaran alam sekitar.
  10. Berurusan dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) di bawah Penyelarasan Majlis Keselamatan Negara (MKN), JPM.
  11. Mengemaskini dan mengurus pangkalan data inventori punca-punca pencemaran tetap, hasil penguatkuasaan, notis arahan, kompaun, perintah larangan dan tindakan mahkamah.
  12. Mengemukakan penemuan audit dan syor pengurusan kepada EiMAS sebagai maklumbalas untuk keberkesanan latihan penguatkuasaan.