PERINTAH LARANGAN TERHADAP SELANGOR SMART AGRO, CHANGKAT MENTERI, SABAK BERNAM, SELANGOR

Jabatan Alam Sekitar (JAS) merujuk kepada kenyataan media oleh Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) bertajuk “Maklum Balas Bantahan Pembangunan Hab Sekuriti Makanan di Selangor Smart Agro Park, Changkat Menteri, Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan” pada 8 April 2021 yang menyatakan bahawa PKPS telah menjalankan kajian Laporan Penilaian Kesan Awal Kepada Alam Sekeliling (EIA) di atas tanah tersebut bagi cadangan pembukaan kawasan ladang kelapa sawit.

Berdasarkan rekod JAS, tiada laporan EIA yang dikemukakan oleh pihak PKPS kepada JAS sebagaimana kehendak Seksyen 34A(6), Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974. Terma Rujukan (TOR) Laporan EIA bagi cadangan Pembangunan Ladang Kelapa Sawit di keseluruhan Kawasan Tanah Milik PKPS di PT 4293, Mukim Sungai Panjang, Daerah Sabak Bernam, Selangor telah diterima oleh JAS pada 5 Disember 2019, bagaimanapun laporan TOR tersebut tidak disahkan pada 29 Januari 2020.

KENYATAAN-MEDIA-PKPS-APRIL-2021

Muat Turun PDF