PENGAWASAN KUALITI AIR MARIN KEBANGSAAN

Malaysia dikurniakan dengan banyak pulau, kawasan pantai dan laut yang mana persekitarannya kaya dengan sumber akuatik. Kualiti air marin memainkan peranan yang penting dalam pemuliharaan sumber alam semulajadi ini. Jabatan Alam Sekitar telah memulakan program pengawasan ini pada 1978 untuk Semenanjung Malaysia. Pada tahun 1985, program ini dikembangkan lagi di negeri Sabah dan Sarawak dan diikuti dengan Program Pemantauan Pulau-pulau pada tahun 1998. 

Bagi merealisasikan Program Pengawasan Alam Sekitar yang lebih sistematik dan menyeluruh, Kerajaan Malaysia dan Syarikat Pakar Scieno TW Sdn Bhd telah menandatangani satu konsesi pada 5 Julai 2017 bagi pelaksanaan Program Pengawasan Alam Sekitar yang turut merangkumi komponen air, marin dan udara di seluruh negara. Pembangunan di kawasan pantai dan pulau menghasilkan kesan yang signifikan pada persekitaran yang sensitif ini. Sehubungan dengan itu,  untuk memastikan persekitaran ini terjaga dan dilindungi, pangkalan data ini  dihasilkan untuk mengawasi secara tepat kualiti persekitaran marin. 

Sehingga kini, terdapat 273 buah stesen pengawasan kualiti air marin manual di  kawasan pantai dan kuala di seluruh Malaysia dan 95 buah stesen di kawasan pulau. Pulau-pulau ini diklasifikasikan kepada empat kategori: pulau pembangunan, pulau peranginan, pulau taman laut dan pulau dilindungi.

Selain itu, terdapat 10 buah stesen pengawasan kualiti air marin automatik yang terletak di stesen-stesen seperti berikut:

No. Stesen 

Negeri 

Lokasi 

Lokasi Penuh 

LONGITUDE 

LATITUDE 

Struktur

CM01K 

Kedah 

Pulau Langkawi,Kedah 

JLM Jeti,Pulau  

Langkawi,Kedah

99.79086 

6.294944 

Jeti

CM02M 

Melaka 

Pulau Undan, Melaka 

Jeti Jabatan Laut  

Malaysia Pulau Undan,  Melaka

102.334742 

2.047799 

Jeti

CM03N 

Negeri Sembilan 

Port Dickson, Negeri  Sembilan

JLM Navigation Beacon,  Arang Arang

101.788525 

2.513106 

Beacon

CM04J 

Johor 

Tanjung Piai, Johor 

JLM Navigation Beacon  Tanjung Piai

103.509578 

1.260289 

Beacon

CM05J 

Johor 

Tanjung Pengelih, Johor 

Jeti Jabatan Laut  

Malaysia Tanjung  

Pengelih

104.08765 

1.369875 

Jeti

CM10S 

W. P. Labuan 

W. P. Labuan 

Jeti Dermaga Merdeka  (JLM)

115.240514 

5.276614 

Jeti

CM11Q 

Sarawak 

Santubong, Sarawak 

Jeti Pejabat Perikanan  Wilayah 1, Santubong

110.328208 

1.716522 

Jeti

CM12A 

Perak 

Pulau Mentagor, Perak

 Marina Pulau Mentagor, Lumut, Perak

100.536925 

4.224834 

Jeti

CM13T 

Terengganu 

Pulau Kapas,  

Terengganu

Jeti Pulau Kapas,  

Marang, Terengganu

103.261203 

5.217085 

Jeti

CM14S 

Sabah 

Teluk Sepanggar, Sabah 

Jeti Sabah Port, Teluk  Sepanggar, Sabah

116.116331 

6.068786 

Jeti

Program pengawasan ini melibatkan pengukuran in-situ bagi parameter parameter kualiti air iatu pH, oksigen terlarut, kekonduksian, kemasinan, kekeruhan dan bebola tar, dan analisis parameter di makmal adalah Escherichia coli, minyak dan gris, jumlah pepejal terampai, arsenik, kadmium, kromium, kuprum, plumbum dan merkuri. Frekuensi persampelan yang dijalankan adalah sebanyak enam kali dalam setahun. Aktiviti pengawasan ini membekalkan maklumat penting bukan sahaja status kualiti air marin tetapi turut juga membantu dalam pengurusan kawasan rekreasi dan juga ekosistem marin.