Fungsi Bahan Berbahaya
- Melaksanakan Konvensyen Basel, Konvensyen Stockholm dan Konvensyen Rotterdam.
- Mengawalselia lesen dalam menguruskan data buangan terjadual (inventori).
- Menyemak syarat-syarat lesen dan kebenaran bertulis buangan terjadual.
- Menguruskan maklumat data konsainan.
- Menjalankan audit alam sekitar ke atas penjana dan kemudahan pemerolehan kembali buangan terjadual.
- Menguruskan sisa-sisa klinikal dan bahan kimia EHS.
- Menguruskan system e-swis dan e-perlesenan bersama BTM.
- Menyedia data kontraktor perlesenan dalam laman web JAS.
- Membentuk dan menguruskan inventori tanah tercemar dan menjalankan kajian tanah tercemar dan pemulihan tapak.
- Membantu dalam pencegahan dan penyiasatan kegiatan pelupusan haram serta mengemaskini penyiasatan SOP.
- Menyedia dan mengemaskini SOP kerja-kerja pembersihan tapak pelupusan haram.
- Membentuk tabung alam sekitar dan pengurusannya.
- Menyedia, menyemak dan mengemaskini undang undang dan garis panduan buangan terjadual.
- Menyemak dan mengemaskini kategori dan kriteria buangan terjadual.
- Menilai pengurusan khas buangan terjadual.
- Menilai inisiatif kitarsemula/gunasemula.