The MSJCE EG (SOJ Related Activities), 2019

Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Malaysia- Singapura mengenai Alam Sekitar Kumpulan Pakar berkaitan Aktiviti-Aktiviti di  SOJ (MSJCE EG (SOJ Related Activities))  telah diadakan di Bilik Gerakan, Bangunan Dato’ Jaafar Mohammad, Iskandar Puteri, Johor, Malaysia, pada 12 Mac 2019. Ia dianjurkan oleh Jabatan Negeri Johor. Alam Sekitar, Malaysia.

Mesyuarat ini dipengerusikan bersama oleh Encik Fong Peng Keong, Pengarah Pollution Control Department, National Environment Agency (NEA), Singapura dan  Dato’ Dr Mohammad Ezanni bin Mat Salleh, Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS), Johor.