THE MSJCE EG (SOJ RELATED ACTIVITIES), 2026
Kerjasama Malaysia dan Singapura dalam pengurusan alam sekitar terus diperkukuh melalui platform Mesyuarat MSJCE EG (SOJ Related Activities) bagi meningkatkan perkongsian maklumat, kepakaran dan pengalaman berkaitan isu alam sekitar di Selat Johor (SOJ).
Pada 19 Mei 2026, JAS, Malaysia dan NEA, Singapura melaksanakan Joint Sampling Exercise di SOJ. Inisiatif ini merupakan susulan kepada pemuktamadan Guidelines for the Joint Seawater Monitoring Programme for the Straits of Johor pada September 2025 bagi memastikan keseragaman dan kebolehpercayaan data pemantauan kualiti air di SOJ.
Seterusnya, Mesyuarat MSJCE EG pada 20 Mei 2026 dipengerusikan bersama oleh Tuan Haji Rosli bin Zul, Pengarah Bahagian Penguatkuasa yang menjalankan tugas Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), JAS, dan Puan Tan Li Yen, Group Director, Clean Environment Group, NEA Singapura.
Mesyuarat membincangkan pelaksanaan Joint Sampling Exercise, pemantauan kualiti air di Selat Johor, kerjasama Joint Planning Team (JPT) termasuk pembangunan SOP insiden tumpahan minyak rentas sempadan, pembangunan kapasiti antara Institut Alam Sekitar Malaysia (EiMAS) dan Singapore Environment Institute (SEI), serta perancangan 15th Chemical Spill Exercise 2027. Hasil perbincangan akan dibentangkan dalam Mesyuarat MSJCE Working Group akan datang.
Kerjasama ini mencerminkan komitmen berterusan Malaysia dan Singapura dalam melindungi perairan SOJ serta memperkukuh pengurusan alam sekitar serantau.