RUNDINGAN & KONSULTASI AWAM CADANGAN PERATURAN BARU

Jabatan Alam Sekitar (JAS) kini membuka ruang untuk ulasan awam bagi dua cadangan peraturan baharu di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, iaitu:

i. Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pencemaran Minyak di Laut) 20XX; dan

ii. Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pencemaran Minyak di Laut) (Pencaruman kepada Kumpulan Wang Alam Sekeliling) 20XX.

Tujuan ulasan awam ini adalah untuk mendapatkan pandangan, cadangan dan maklum balas daripada pihak industri, agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), serta orang awam bagi memastikan peraturan yang digubal adalah menyeluruh, praktikal dan berkesan dalam melindungi perairan negara daripada pencemaran minyak.

Orang ramai dijemput untuk menyertai sesi perundingan awam ini melalui saluran rasmi JAS atau menghantar ulasan melalui QR yang disertakan sebelum 10 Mei 2026.

“Suara Anda Penting Demi Kelestarian Alam Sekitar Negara.”

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Jabatan Alam Sekitar Malaysia atau hubungi Bahagian Air dan Marin di talian 03-88712373 dan 03-88712101.