SEMINAR PEMANTAPAN PEMATUHAN AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 : PENGUATKUASAAN & PENGAWASAN KUALITI AIR KITA
Seminar “Pemantapan Pematuhan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974: Penguatkuasaan dan Pengawasan Kualiti Air Kita” dicadang untuk dianjurkan secara kerjasama antara JAS Negeri Perlis dan Kelas Sukan dan Kebajikan Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis (KASLIS) dengan objektif berikut:-
a) Memberi pendedahan mengenai AKAS 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya yang berkaitan dengan kawalan pencemaran air termasuklah pindaan AKAS 1974 dan status penguatkuasaan pencemaran air di Malaysia dan Perlis;
b) Memberi pendedahan mengenai status kualiti air yang dipantau oleh Agensi yang berkaitan seperti JAS dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui program pengawasan yang dilaksanakan;
c) Memberi kesedaran mengenai kepentingan pelaksanaan program pengawasan kualiti air yang berkesan dan sistematik bagi kawalan pencemaran dan peningkatan kualiti air;
d) Menberi kesedaran mengenai kepentingan pengekalan kualiti air dalam kelestarian ekosistem unik di Negeri Perlis.
