HEBAHAN PENCALONAN ANUGERAH LANGKAWI - KELESTARIAN ALAM SEKITAR 2025/2026

Pencalonan Anugerah Langkawi – Kelestarian Alam Sekitar (ALKAS) sesi 2025/2026 telah dibuka bermula 1 Januari 2026 hingga 31 Mei 2026. Semua individu dan organisasi yang berminat untuk menyertai ALKAS adalah dijemput untuk mengakses  borang, kriteria dan syarat percalonan melaui pautan seperti berikut:

 https://drive.google.com/drive/folders/1bifk9b3UbeoSmNpytRGu6F4r2tPKimlh?usp=drive_link.

ALKAS adalah satu anugerah bagi memperingati Deklarasi Langkawi yang telah ditandatangani oleh Ketua-Ketua Negara Komanwel pada tahun 1989 di Langkawi, Malaysia, sebagai komitmen untuk melindungi alam sekitar dan menangani isu seperti pencemaran dan perubahan iklim. Anugerah ini yang pada mulanya dikenali sebagai Anugerah Langkawi telah diperkenalkan pada tahun 1991 bagi menunjukkan komitmen rakyat amnya dan Negara khususnya dalam mencapai matlamat pembangunan mapan sepertimana termaktub di dalam Deklarasi Langkawi.

ALKAS adalah penghargaan dan pengiktirafan tertinggi kerajaan melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) kepada individu dan organisasi di Malaysia yang telah memberikan sumbangan besar dan signifikan ke arah kelestarian alam sekitar.