• Bahasa Lain

Pemakluman Tentang Pengisytiharan Larangan Pembakaran Terbuka Di Negeri Selangor, Pahang Dan Johor

Saya, sepertimana yang diperuntukkan di bawah
Seksyen 29AA(2) Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2001, dengan ini memaklumkan bahawa kawasan-kawasan di seluruh Negeri Selangor, Pahang dan
Johor diisytiharkan sebagai kawasan Larangan Pembakaran Terbuka berkuatkuasa SERTA MERTA sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Mereka yang sabit kesalahan melakukan pembakaran terbuka boleh dikenakan denda maksimum RM500,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun
atau kedua-duanya sekali. Kompaun maksimum sebanyak RM2,000 juga boleh dikenakan atas setiap kesalahan.

Berikutan dengan pemberitahuan pengisytiharan ini, semua pihak dilarang sama sekali melakukan pembakaran terbuka atau membiarkan tanah atau premis kepunyaan mereka dimasuki atau dicerobohi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan pembakaran terbuka untuk tujuan
tertentu atau dengan tidak sengaja.

Download (PDF, 19KB)

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 11+, Mozilla Firefox, Google Chrome dan Safari dengan resolusi minimum 1280x768 piksel.
Kemaskini Terakhir:

May 10, 2021 @ 2:22 pm

DOE Leaf