• Other Languages

Sustainable School- Environmental Award

Program Sekolah Lestari- Anugerah Alam Sekitar adalah program kerjasama di antara Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Pendidikan Malaysia serta Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang telah dilancarkan pada 27 Januari 2005.

Terdapat empat (4) komponen utama yang ditekankan dalam program ini iaitu pengurusan, penghijauan, kokurikulum dan kurikulum. Secara dasarnya program ini merupakan payung kepada semua aktiviti-aktiviti berasaskan alam sekitar di sekolah seperti Projek Riadah Alam Sekitar (PRIAS), Projek Wira Alam, Program Eco -Youth, Program RE & EE (Renewable Energy & Energy Efficiency), Program Keceriaan Taman, Program 3K (Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan), Program KitS (Kitar Semula), Kem Kesedaran Alam Sekitar dan aktiviti-aktiviti alam sekitar yang lain.

Program ini bertujuan untuk membantu sekolah memperkukuhkan program-program pendidikan alam sekitar yang sedia ada. Program ini juga berkonsepkan pendekatan menyeluruh yang melibatkan semua lapisan warga sekolah bersama keluarga, komuniti setempat, kerajaan, pihak swasta dan badan bukan kerajaan.

Objektif Sekolah Lestari- Anugerah Alam Sekitar

Sekolah Lestari dibentuk bagi mencapai objektif berikut:-

  1. Memupuk nilai murni alam sekitar pada kalangan warga sekolah
  2. Meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar
  3. Menggalakkan warga sekolah melaksanakan aktiviti mesra alam dengan berkesan
  4. Meningkatkan kerjasama antara sekolah dengan masyarakat dalam menjayakan pendidikan alam sekitar; dan
  5. Mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi melahirkan warga sekolah yang mempraktikkan amalan hidup lestari.

Definisi Sekolah Lestari- Anugerah Alam Sekitar

Sekolah Lestari membudayakan pendidikan alam sekitar dengan menerapkan nilai murni alam sekitar dalam aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan secara berterusan bagi mewujudkan amalan hidup yang selaras dengan konsep pembangunan lestari.

Brosur Sekolah Lestari – Anugerah Alam Sekitar

Muat turun brosur Sekolah Lestari – Anugerah Alam Sekitar di pautan berikut:- Brosur Sekolah Lestari (Klik sini)

Rujukan

  • Perlaksanaan Sekolah Lestari-Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) Sesi 2018/2019 (Klik sini)
  • Garis Panduan Penyediaan Laporan Sekolah Lestari-Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) (Klik sini)
  • Tips Penghasilan Video SLAAS (Klik sini)
  • Asas Pembentukan Sekolah Lestari-Anugerah Alam Sekitar (Klik sini)
  • Garis Panduan Pelaksanaan dan Penilaian Sekolah Lestari-Anugerah Alam Sekitar (Klik sini)
  • Pengenalan Sekolah Lestari-Anugerah Alam Sekitar (Klik sini)
  • Borang Penyertaan Rasmi Pensijilan/ Penganugerahan Sekolah Lestari-Anugerah Alam Sekitar (Klik sini)
  • Laporan Sekolah Lestari-Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) Sesi 2017/ 2018 (Klik sini)

* Laporan & input video Sekolah Lestari boleh dihantar melalui emel kepada JAS Negeri masing-masing di alamat di sini.

Best viewed using Internet Explorer 11+, Mozilla Firefox, Google Chrome and Safari with resolution 1280x768 pixels and above.
Last Updated:

August 21, 2019 @ 2:28 pm

DOE Leaf