Maklumat Umum Buangan Terjadual

Tugas-tugas pemprosesan lesen dan kelulusan bertulis yang berkaitan buangan terjadual di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 adalah seperti berikut, iaitu:-

1. Apakah yang dimaksudkan dengan buangan terjadual (BT)?

  • Buangan terjadual adalah apa-apa buangan yang mempunyai ciri-ciri berbahaya yang berpotensi memberi kesan negatif kepada orang awam dan alam sekitar. Sebanyak 77 jenis buangan terjadual disenaraikan di bawah Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005, dan pengurusan buangan tersebut hendaklah selaras dengan peruntukan di bawah Peraturan di atas.

2. Siapakah yang bertanggungjawab untuk mengklasifikasi buangan terjadual?

  • Pengeluar buangan adalah pihak yang bertanggungjawab mengklasifikasikan buangan terjadual yang dihasilkan kerana pengeluar buangan mempunyai maklumat terperinci mengenai bagaimana buangan tersebut dihasilkan dan proses yang terlibat.

3. Bagaimanakah saya ingin mengklasifikasikan sesuatu buangan samada ianya adalah buangan terjadual atau sebaliknya??

  • Buangan boleh diklasifikasikan dengan mendapatkan maklumat mengenai bagaimana buangan terhasil dan apakah bahan mentah yang digunakan dalam sesuatu proses berkaitan.  Dengan mengenalpasti punca buangan dan/atau ciri-ciri spesifik buangan tersebut, pengeluar buangan boleh menggunakan maklumat yang diperolehi dengan merujuk senarai buangan terjadual yang tersenarai di dalam Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 untuk mengklasifikasikan sesuatu buangan dan kod SW yang sesuai.

4. Siapakah yang patut saya rujuk sekiranya terdapat keraguan samada buangan yang terhasil adalah buangan terjadual atau tidak?

  • Rujukan boleh dibuat kepada mana-mana Jabatan Alam Sekitar Negeri atau kepada Bahagian Bahan Berbahaya, Jabatan Alam Sekitar Putrajaya.

 5. Adakah pengendalian buangan terjadual berbeza dengan buangan industri tidak berbahaya yang lain?

  • Ya, pengendalian buangan terjadual adalah berbeza dengan buangan yang lain. Pengendalian buangan terjadual perlu mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 dan hendaklah di peroleh kembali atau dilupuskan di premis yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar sahaja.

6.Bagaimana saya boleh memohon untuk tujuan penstoran melebihi 20 metrik tan atau/dan 180 hari??

  • Permohonan penstoran yang melebihi 20 metrik tan dan/atau 180 hari hendaklah dikemukakan kepada Jabatan Alam Sekitar Negeri dengan melengkapkan borang AS.STOR BT.2-2011berserta dokumen yang berkaitan.

 7. Apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan khas buangan terjadual?

  • Pengurusan khas buangan terjadual adalah satu kaedah pengurusan yang spesifik bagi sesuatu jenis buangan yang terbukti secara saintifik tidak mempunyai ciri-ciri berbahaya yang berpotensi untuk memberi kesan negatif terhadap kesihatan manusia dan alam sekitar, yang akan dicadangkan oleh pengeluar buangan, untuk dikecualikan daripada diolah, diperoleh kembali atau dilupus di Premis Yang Ditetapkan (PYDT) yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar atau kemudahan di tapak. Peruntukan undang-undang berkaitan untuk pengurusan khas buangan terjadual adalah Peraturan 7, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.

8. Bagaimanakah saya ingin memohon untuk pengurusan khas buangan terjadual?

  • Permohonan pengurusan khas buangan terjadual boleh dikemukakan kepada Bahagian Bahan Berbahaya, Jabatan Alam Sekitar Ibu Pejabat dengan mengemukakan maklumat lengkap berdasarkan Garispanduan Permohonan Pengurusan Khas Buangan Terjadual, bersama-sama wang proses RM 300 dalam bentuk cek atau wang pos di atas nama “Ketua Pengarah Alam Sekitar”. Permohonan juga hendaklah disertakan dengan laporan analisis kimia yang membuktikan buangan terjadual yang dipohon tidak mempunyai ciri-ciri berbahaya. Sekiranya pihak tuan memerlukan maklumat lanjut, sila hubungi pegawai berkenaan di Seksyen Penilaian dan Pembangunan, Bahagian Bahan Berbahaya, Jabatan Alam Sekitar Ibu Pejabat.

9. Berapa lamakah tempoh masa untuk memproses permohonan pengurusan khas buangan terjadual??

  • Dalam tempoh 4 minggu selepas Jabatan Alam Sekitar menerima maklumat lengkap dari pemohon.

10. Bagi tujuan persampelan buangan terjadual yang dinyatakan dalam garispanduan permohonan pengurusan khas buangan terjadual, adakah saya sebagai pengeluar buangan boleh menjalankan persampelan buangan untuk analisis kimia tersebut sendiri?

  • Tidak, persampelan buangan terjadual untuk tujuan analisis kimia hendaklah dijalankan oleh pihak yang berkecuali dan berkelayakan.

11. Makmal manakah yang boleh menjalankan analisis kimia untuk buangan terjadual?

  • Analisis kimia bagi buangan terjadual boleh dijalankan oleh mana-mana makmal yang berakreditasi dan berkecuali. Senarai terkini makmal yang berakreditasi boleh disemak melalui laman web Jabatan Standard Malaysia di www.standardsmalaysia.gov.my.

 12. Apakah pelupusan haram buangan terjadual?

  • Pelupusan haram buangan terjadual adalah menempatkan, meletakkan atau melupuskan atau menyebabkan atau membenarkan ditempatkan, diletakkan atau dilupuskan tanpa terlebih dahulu mendapat apa-apa kelulusan daripada Ketua Pengarah Alam Sekeliling.

13. Apakah maklumat yang diperlukan untuk membuat laporan berkenaan pelupusan haram buangan terjadual?

  • Laporkan kepada JAS jika anda menjumpai tapak pelupusan haram buangan terjadual.  Sila berikan maklumat berikut:-i)          Lokasi tapak;
    ii)         Nombor pendaftaran dan jenis kenderaan yang disyaki;
    iii)        Maklumat mengenai pihak yang terlibat.

14.Apakah kesan utama sekiranya berlaku pelupusan haram buangan terjadual?

  • Kesan utama sekiranya berlaku pelupusan haram buangan terjadual adalah:-
    i)          Pencemaran kepada alurair, air bawah tanah, atmosfera dan tanah-tanah
    ii)         Keracunan kepada manusia, tumbuhan dan hidupan lain
    iii)        Kesan kepada kesihatan seperti penyakit barah
    iv)        Merosakkan kulit dan tisu badan
    v)         Kebakaran ditapak pelupusan

15. Apakah prosedur untuk mendapatkan lesen bagi Premis Yang Ditetapkan (Kemudahan Pengolahan dan Pelupusan Buangan Terjadual) di bawah Seksyen 18(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974?

  • Prosedur memproses kelulusan bagi kemudahan baru Premis Yang Ditetapkan (Kemudahan Pengolahan dan Pelupusan Buangan Terjadual) melibatkan tiga (3) peringkat iaitu :
    (a)          Kelulusan Laporan Environmental Impact Assessment (EIA) atau Kelulusan Penilaian Awal Tapak (PAT);
    (b)          Kelulusan Kebenaran Bertulis (KB) ; dan
    (c)          Kelulusan Lesen di bawah Seksyen 18(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
    Permohonan-permohonan ini hendaklah dikemukakan di Pejabat JAS Negeri yang berkaitan.  Sila rujuk kepada Pejabat JAS Negeri yang berkaitan untuk mendapatkan khidmat nasihat dan dokumen rujukan mengenai prosedur permohonan lesen bagi Premis Yang Ditetapkan (Kemudahan Pengolahan dan Pelupusan Buangan Terjadual) di bawah Seksyen 18(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

16. Apakah aplikasi sistem ‘e-Consignment Note’ dan bagaimana untuk menggunakan aplikasi sistem ‘e-Consignment Note’ yang telah dimandatori / diwajibkan kepada semua pengeluar, kontraktor pengangkut dan penerima buangan terjadual?

  • Aplikasi sistem e-Consignment Note ini dibangunkan bertujuan untuk mewujudkan suatu kaedah penyimpanan dan pemerolehan maklumat secara atas talian yang sistematik bagi menggantikan sistem manual yang sedia ada. Penggunaan sistem ini telah mula dikuatkuasakan pada 1 Januari 2012 ke atas semua pengeluar, kontraktor pengangkut dan penerima buangan terjadual. Sistem ini merangkumi semua transaksi buangan terjadual dan pengemaskinian maklumat Pemberitahuan Buangan Terjadual, Inventori, dan Nota Konsainan. JAS juga menyediakan program hands on training untuk memberi latihan kepada pihak industri berkenaan penggunaan sistem ‘e-Consignment Note’ ini dari semasa ke semasa. Untuk pertanyaan lanjut mengenai penggunaan aplikasi sistem ini oleh berhubung dengan pegawai in-chargedi Seksyen Kawal Selia Lesen JAS Ibu Pejabat di talian 03-8871 2132.

17. Saya memerlukan No Fail JAS untuk mendaftar dengan sistem e-Consignment Note. Bagaimana saya boleh untuk mendapatkan No Fail JAS tersebut?

  • Pemohon hendaklah menghubungi JAS Negeri yang berkaitan bagi mendapatkan no. fail JAS bagi tujuan pendaftaran sistem e-Consignment Note.

18.Syarikat saya ingin melupuskan sisa bahan kimia yang dihasilkan oleh kilang saya.  Bagaimanakah saya boleh mendapatkan senarai kontraktor yang bertauliah dalam kerja-kerja pelupusan bahan buangan tersebut

  • Senarai kontraktor yang bertauliah yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar untuk mengendalikan pengangkutan dan pelupusan buangan terjadual di Malaysia boleh diperolehi melalui laman web https://eswis.doe.gov.my/facilityList.aspx

19.Apa itu Konvensyen Basel?

  • Konvensyen Basel Mengenai kawalan Pergerakkan buangan Berbahaya dan Pelupusannya merupakan perjanjian antarabangsa yang berkuatkuasa dan paling komprehensif di dalam pengurusan buangan berbahaya. Ianya menetapkan peraturan-peraturan untuk mengawal eksport, import dan pelupusan buangan berbahaya. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web www.basel.int

20.Apakah jenis permit import/eksport yang dikeluarkan oleh JAS??

  • Jabatan Alam Sekitar  mengeluarkan surat  kelulusan bertulis bagi mengeksport atau mengimport buangan terjadual.

21.Bolehkah saya mengeksport buangan terjadual??

  • Buangan terjadual tidak dibenarkan dieksport kecuali:-
    i)             Tiada kemudahan pemerolehan kembali yang berkemampuan untuk memproses buangan tersebut;
    ii)            Buangan terjadual dieksport bukan bagi tujuan pelupusan.

22.Bolehkah saya mengimport buangan terjadual???

  • Jabatan Alam Sekitar tidak membenarkan sebarang pengimportan buangan terjadual melainkan buangan terjadual tersebut digunakan sebagai bahan mentah dan ianya tidak dapat diperolehi di dalam negara.

23. Sekiranya kilang hendak mengimport atau mengeksport buangan terjadual, apakah borang yang perlu dilengkapkan?

  • Bagi permohonan mengeksport atau mengimport buangan terjadual, pihak kilang hendaklah mengemukakan borang berikut:-
    i)            Borang AS 14- mengimport buangan terjadual
    ii)           Borang AS 15A- mengeksport buangan terjadual

 24. Bagaimana untuk mendapat lesen mengimport atau mengeksport bahan bukan buangan terjadual?

  • Sila rujuk kepada Senarai Semak – Permohonan Untuk Mengimport atau Mengeksport Bukan Buangan Terjadual

25. Berapa lama anda akan mengambil masa untuk memproses permohonan?

  • Dalam tempoh 3 minggu

26. Bagaimana untuk menghantar permohonan?

  • Mengikut alamat seperti dinyatakan dalam Senarai Semak – Permohonan Untuk Mengimport atau Mengeksport Bukan Buangan Terjadual

27. Adakah Jabatan Alam Sekitar menguatkuasakan perundangan berkaitan pengurusan tanah tercemar di Malaysia?

  • Perundangan berkaitan pengurusan tanah tercemar di Malaysia ada dinyatakan di bawah Seksyen 24, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 iaitu Sekatan Mengenai Pencemaran Tanahtanih.  Jabatan ini sedang merangka peraturan berkaitan sekatan mengenai pencemaran tanahtanih bagi membolehkan Seksyen 24 dikuatkuasakan.

28. Bilakah perundangan berkaitan pengurusan tanah tercemar di Malaysia ini akan dikuatkuasakan?

  • Jabatan Alam Sekitar dalam proses merangka deraf peraturan sekatan mengenai pencemaran tanahtanih di Malaysia.  Jabatan ini akan memaklumkan kepada umum melalui laman sesawang Jabatan Alam Sekitar ( https://www.doe.gov.my) mengenai penguatkuasaan peraturan tersebut.

29. Adakah sebarang dokumen rujukan berkaitan pengurusan tanah tercemar di Malaysia?

  • Jabatan Alam Sekitar telah menerbitkan tiga (3) siri Garispanduan Pengurusan dan Kawalan Tanah Tercemar di Malaysiapada Jun 2009.

30.Apakah status tiga (3) siri Garispanduan Pengurusan dan Kawalan Tanah Tercemar di Malaysia ini dari segi perundangan?

  • Tiga (3) siri Garispanduan Pengurusan dan Kawalan Tanah Tercemar di Malaysia ini masih berstatus garispanduan sehingga peraturan berkaitan sekatan mengenai pencemaran tanahtanih diwartakan.  Penggunaan tiga (3) siri Garispanduan Pengurusan dan Kawalan Tanah Tercemar ini adalah sangat digalakkan.  Jabatan ini mengalu-alukan maklumbalas dan penambahbaikan kepada tiga (3) siri Garispanduan Pengurusan dan Kawalan Tanah Tercemar ini sebelum ia dikuatkuasakan bersama peraturan berkaitan sekatan mengenai pencemaran tanahtanih.

31. Siapakah pihak yang dibenarkan melaksanakan kerja-kerja penilaian dan pemulihan tanah tercemar di Malaysia?

  • Orang perseorangan atau syarikat jururunding yang memenuhi keperluan kelayakan seperti dinyatakan pada perkara 4, Contaminated Land Management and Control Guidelines No. 1: Malaysian Recommended Site Screening Levels for Contaminated Land merupakan pihak yang dibenarkan melaksanakan kerja-kerja penilaian dan pemulihan tanah tercemar di Malaysia.  Dimaklumkan bahawa keperluan ini hanya berkuatkuasa apabila peraturan berkaitan sekatan mengenai pencemaran tanahtanih diwartakan.
Orang awam kini boleh menghantar buangan elektrik dan elektronik ke pusat pengumpulan yang berdaftar denganJabatan Alam Sekitar. Jenise-waste yang dikumpul adalah telefon bimbit, komputer/ komputer riba, mesin basuh/ pengering, peti sejuk, pendingin hawa dan televisyen.
 

Garis Panduan Buangan Terjadual

  1. Basel Convention Technical Guidelines
  2. Technical guidelines for the environmentally sound management of the full and partial dismantling of ships
  3. Technical guidelines for the environmentally sound management of used and waste pneumatic tyres
  4. Updated technical guidelines for the environmentally sound management of wastes consisting of, containing or contaminated with polychlorinated biphenyls (PCBs), polychlorinated terphenyls (PCTs) or polybrominated biphenyls (PBBs)
  5. Technical Guidelines on Wastes Collected from Households (Y46)
  6. Technical Guidelines on Waste Oils (Y8)
  7. Technical Guidelines on Used Oil Re-Refining of Other Re-Uses of Previously Used Oil (R9)
  8. Technical guidelines on the environmentally sound recycling or reclamation of metals and metal compounds (R4)
  9. Technical guidelines on the environmentally sound management of wastes consisting of, containing or contaminated with the pesticides aldrin, chlordane, dieldrin, endrin, heptachlor, hexachlorobenzene (HCB), mirex or toxaphene or with HCB as an industrial chemical
  10. Technical guidelines on the environmentally sound management of wastes containing or contaminated with unintentionally produced polychlorinated dibenzo-p-dioxins (PCDDs), polychlorinated dibenzofurans (PCDFs), hexachlorobenzene (HCB) or polychlorinated biphenyls (PCBs)
  11. Technical guidelines on the environmentally sound co-processing of hazardous wastes in cement kilns
  12. Technical Guidelines on Hazardous Waste from the Production and Use of Organic Solvents (Y6)
  13. Technical guidelines for the identification and environmentally sound management of plastic wastes and for their disposal
  14. Technical guidelines for the environmentally sound management of wastes consisting of, containing or contaminated with 1,1,1-trichloro-2,2-bis(4-chlorophenyl)ethane (DDT)
  15. Technical guidelines for the environmentally sound management of wastes consisting of elemental mercury and wastes containing or contaminated with mercury
  16. Technical guidelines for the environmentally sound management of waste lead-acid batteries
  17. Technical Guidelines on Specially Engineered Landfill (D5)
  18. Updated general technical guidelines for the environmentally sound management of wastes consisting of, containing or contaminated with persistent organic pollutants (POPs).