Fungsi BAHAGIAN Udara

  1. Mengkaji, mengemaskini dan merangka perundangan dan standard pelepasan berkaitan pencemaran udara dan bau daripada industri, punca-punca bergerak, bunyi bising ambien dan gegaran serta penghapusan bahan bahan pemusnah lapisan ozon.
  2. Menyediakan garispanduan dan prosedur operasi tetap (SOP) berhubung kawalan pencemaran daripada kenderaan bermotor, pengukuran bunyi bising, penguatkuasaan pembakaran terbuka dan pengawasan parameter baru udara.
  3. Pembentukan Dasar dan Polisi, strategi dan program penghapusan bahan-bahan pemusnah ozon (BPO).
  4. Memantau pematuhan kepada Protokol Montreal
  5. Menyelaras program penghapusan kebangsaan ozon yang dilaksanakan oleh industri, agensi, kerajaan dan swasta.
  6. Mengumpul, mengemaskini dan menyediakan laporan inventori GHG bagi Sektor Sisa Buangan.
  7. Memberi input teknikal mengenai isu berkaitan perubahan iklim di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
  8. Melaksanakan aktiviti di bawah Perjanjian ASEAN Jerebu Merentasi Sempadan.
  9. Melaksanakan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan.
  10. Melaksanakan Program Pencegahan Kebakaran dan Pengurusan Tanah Gambut.
  11. Membuat validasi, analisa dan menterjemah data-data pengawasan kualiti udara.
  12. Mengawalselia pelaksanaan program penswastaan pengawasan udara dan menyemak rangkaian pengawasan kualiti udara kebangsaan.
  13. Melaksanakan kajian khas berkaitan kualiti udara.
  14. Mengkaji, mengenalpasti dan melaksana-kan program program untuk mengawal pelepasan asap dan bunyi bising dari kenderaan bermotor.