The MSJCE EG (Vehicular Emissions), 2025

Mesyuarat MSJCE EG (VE) telah dianjurkan oleh Singapura sebagai tuan rumah melalui National Environment Agency (NEA) pada 21 Mei 2025. Mesyuarat ini telah dipengerusikan bersama oleh Dr. Norhazni binti Mat Sari, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), JAS, Malaysia dan Puan Tan Li Yen, Pengarah Kumpulan, Clean Environment Group, NEA, Singapura.

Delegasi JAS Malaysia telah disertai oleh wakil-wakil daripada Bahagian Penguatkuasa, Bahagian Air dan Marin, Bahagian Udara, Bahagian Bahan Berbahaya, Bahagian Komunikasi Strategik, Institut Alam Sekitar Malaysia (EiMAS), serta JAS Negeri Johor. Manakala delegasi Singapura pula terdiri daripada pegawai-pegawai daripada NEA dan Ministry of Sustainability and the Environment (MSE).

Sebagai sebahagian daripada program MSJCE EG (VE), lawatan kerja telah diadakan pada 21 hingga 22 Mei 2025. Antara lokasi lawatan termasuklah Woodlands Checkpoint bagi menyaksikan Demonstrasi Ujian Pelepasan Ekzos, Sengkang Bus Depot, serta Hyundai Motor Group Innovation Center Singapore (HMGICS).

Melalui platform MSJCE EG (VE), kerjasama erat ini diharap dapat memperkukuh perkongsian kepakaran, pemindahan teknologi serta strategi penguatkuasaan antara kedua-dua negara dalam usaha melindungi alam sekitar dan mempromosikan kesejahteraan bersama antara Malaysia dan Singapura.