THE MSJCE EG (SOJ RELATED ACTIVITIES), 2025
Mesyuarat MSJCE EG (SOJ Related Activities) merupakan platform tahunan antara Malaysia dan Singapura bagi membincangkan isu-isu alam sekitar yang berkepentingan bersama di Selat Johor.
Bagi tahun 2025, mesyuarat ini telah dianjurkan oleh Singapura sebagai tuan rumah melalui National Environment Agency (NEA) pada 20 Mei 2025. Mesyuarat telah dipengerusikan bersama oleh Dr. Norhazni binti Mat Sari, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), JAS, Malaysia dan Puan Tan Li Yen, Pengarah Kumpulan, Clean Environment Group, NEA, Singapura.
Delegasi Malaysia terdiri daripada pegawai-pegawai JAS Ibu Pejabat, EiMAS, JAS Negeri Johor serta wakil agensi-agensi berkaitan. Manakala delegasi Singapura pula merangkumi wakil dari NEA, Ministry of Sustainability and the Environment (MSE), Singapore Environment Institute (SEI), Singapore Civil Defence Force, serta Maritime and Port Authority of Singapore.
Mesyuarat ini mencerminkan komitmen kedua-dua negara untuk terus bekerjasama dalam memelihara alam sekitar di Selat Johor secara berterusan dan mampan.