MAJLIS KUALITI ALAM SEKELILING

Penubuhan Majlis Kualiti Alam Sekeliling (EQC), diperuntukkan di bawah Seksyen 4, Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 dan tugas-tugasnya pada amnya menasihati Yang Berhormat Menteri mengenai perkara-perkara berhubung AKAS 1974 dan apa-apa yang dirujukkan kepadanya oleh YB Menteri.

YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) telah melantik YBrs. Prof. Dr. Maketab bin Mohamed sebagai pengerusi Majlis Kualiti Alam Sekeliling (EQC) berkuat kuasa pada 30 Ogos 2024 sehingga 29 Ogos 2027.
Senarai Pengerusi dan Ahli-Ahli Majlis Kualiti Alam Sekeliling (EQC) adalah seperti di LAMPIRAN.