The MSJCE EG (Vehicular Emissions), 2026

Malaysia melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) selaku tuan rumah telah menganjurkan MSJCE EG on Vehicular Emissions pada 21 Mei 2026 di Negeri Johor.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan bersama oleh Tuan Haji Rosli bin Zul, Pengarah Bahagian Penguatkuasa yang menjalankan tugas Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), JAS, dan Puan Tan Li Yen, Group Director, Clean Environment Group, NEA, Singapura.

Mesyuarat ini menjadi platform perkongsian maklumat dan pengalaman antara Malaysia dan Singapura berkaitan isu alam sekitar, khususnya kawalan pelepasan kenderaan. Perbincangan merangkumi piawaian pelepasan kenderaan, teknologi, penguatkuasaan, langkah kawalan serta alternatif bagi mengurangkan pencemaran udara daripada pelepasan kenderaan demi meminimumkan kesannya terhadap alam sekitar dan kesihatan awam.

Mesyuarat turut melibatkan delegasi Malaysia yang terdiri daripada pegawai JAS Ibu Pejabat, JAS Negeri Johor dan Institut Alam Sekitar Malaysia (EiMAS), serta wakil Ministry of Sustainability and the Environment (MSE) dan NEA, Singapura.

Kerjasama dua hala ini mencerminkan komitmen berterusan Malaysia dan Singapura dalam memperkukuh usaha kawalan pelepasan kenderaan serta melindungi alam sekitar demi kesejahteraan masyarakat dan generasi akan datang.