1. Apakah ada cara lain untuk saya membuat aduan selain daripada membuat aduan secara atas talian?
Anda bolehlah membuat aduan terus kepada:
Jabatan Alam Sekitar
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3, Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Talian Aduan: 03-8889 1972
Hotline: 1-800-88-2727
E-Aduan: Tekan Di sini
2. Bolehkah saya memaparkan maklumat umum Jabatan Alam Sekitar seperti Laporan Pencemaran Udara (API) dalam sebarang artikel untuk tujuan perkongsian maklumat dan mewujudkan perasaan hargai alam sekitar?
Untuk maklumat-maklumat yang dipaparkan dalam Portal Jabatan Alam Sekitar adalah dibenarkan untuk dikongsi kepada masyarakat umum kerana itulah tujuan kami maklumat tersebut dipaparkan dalam portal rasmi kami. Walau bagaimanapun sebarang penulisan secara elektronik, buku dan lain-lain kaedah dengan tujuan mendapatkan keuntungan adalah dilarang. Anda juga perlu menyatakan sumber yang dipetik itu daripada “Sumber Jabatan Alam Sekitar, serta tarikh penerbitan tersebut”.
3. Saya telah mencipta alat inovasi yang dapat membantu masyarakat mengurangkan pencemaran air. Boleh saya mendapat bantuan Jabatan Alam Sekitar untuk menjayakan projek tersebut?
Kami amat menggalakkan masyarakat untuk mencipta alat-alat baru yang membantu negara menjaga kualiti alam sekitar. Sebarang pertanyaan, bantuan, dan sokongan bolehlah menghubungi secara surat menyurat kepada:
Pengarah
Jabatan Alam Sekitar
Level 1 – 4, Podium 2 & 3, Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
4. Adakah ada sebarang sistem memantau pencemaran alam sekitar terhadap kilang, premis, dan lain-lain secara GIS atau lain-lain teknologi yang terlibat?
Pihak Jabatan Alam Sekitar mempunyai sistem-sistem untuk memantau keadaan dan kualiti alam sekitar seluruh negara. Untuk maklumat lanjut mengenai sistem-sistem tersebut anda bolehlah menghubungi secara surat menyurat kepada:
Pengarah Teknologi Maklumat
Jabatan Alam Sekitar
Level 1 – 4, Podium 2 & 3, Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
5. Bolehkan saya memohon sebarang maklumat berkaitan alam sekitar dan pencemaran alam sekitar daripada Jabatan Alam Sekitar untuk tujuan penyelidikan?
Boleh, kami amat mengalu-alukan usaha anda. Untuk mendapatkan maklumat tersebut anda bolehlah menghubungi kami secara surat menyurat atau datang sendiri ke Ibu Pejabat Jabatan Alam Sekitar. Anda boleh terus berjumpa dengan pengawai bahagian seperti (Udara, Penilaian, Bahan Berbahaya, Teknologi Maklumat, Komunikasi Strategik & Air & Marin) mengikut topik penyelidikan anda.
6. Adakah kilang yang menghasilkan karbon dioksida, monoksida dan pembuangan bahan pepejal, air dan lain-lain perlu mendapatkan kelulusan dan pemeriksaan. Adakah ada sebarang undang-undang atau piawaian tentang perkara ini?
Ya, memang ada undang-undang dan piawaian daripada Jabatan Alam Sekitar. Anda perlu mendapatkan kelulusan daripada pihak kami terlebih dahulu.
7. Adakah Jabatan Alam Sekitar mempunyai kod etika yang diamalkan dan langkah-langkah untuk melaksanakannya?
Jabatan Alam Sekitar ada kod etika. Untuk mendapatkan salinan anda bolehlah datang ke Jabatan Alam Sekitar cawangan berdekatan.






