Fungsi EIA

  1. Merangka dan mentransformasi hala tuju bagi pengukuhan mekanisme dan prosedur EIA di Malaysia.
  2. Merangka dan mentransformasi hala tuju bagi pengukuhan mekanisme Input pembangunan termasuk input Zon Ekonomi Ekslusif ( ZEE) dan Akta Pelantar Benua.
  3. Memproses Laporan EIA bagi Jadual Kedua dan Jadual Pertama melibatkan lebih dari satu (1) negeri.
  4. Mengawalselia Skim Pendaftaran orang yang layak di bawah Seksyen 33A (Auditor Alam Sekitar) dan Seksyen 34A(2) (Jururunding EIA).
  5. Menganggotai Jawatankuasa Teknikal lain-lain agensi bagi input awal pelaksanaan pembangunan yang dirancang.
  6. Menganggotai Jawatankuasa Teknikal lain-lain agensi bagi pembentukan polisi,dasar dan hala tuju bagi pembangunan lestari dan pengekalan biodiversiti di peringkat kebangsaan.
  7. Menerbitkan garispanduan yang berkaitan bagi penyelarasan panduan pembangunan kepada pihak berkepentingan.
  8. Merangka, merancang dan mentransformasi penguatkuasaan EIA secara berkesan.
  9. Memantau pelaksanaan projek-projek EIA Strait Of Johor (SOJ) dan projek di bawah Settlement Of Agreement, 2005.
  10. Menguruskan dan mengemaskini inventori berkaitan projek pembangunan (EIA dan Input), peguatkuasaan EIA di Malaysia.
  11. Menetapkan Sasaran dan Indeks Penunjuk Prestasi bagi Penguatkuasaan EIA di Malaysia.
  12. Memberi khidmat nasihat serta menjadi pakar rujuk bagi pelaksanaan integrasi pembangunan lestari sebagai model/tandaaras kepada pelabur (pra-perancangan) di peringkat dalaman dan kebangsaan.