THE 34th MSJCE (2022)

Mesyuarat Ke Tiga Puluh Empat Jawatankuasa Bersama Malaysia-Singapura Mengenai Alam Sekitar (MSJCE) diadakan pada 22 November, 2022 di Kuala Lumpur.

Mesyuarat dipengerusikan secara bersama oleh Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air, Malaysia dan Encik Stanley Loh, ‘Permanent Secretary’, Ministry of Sustainability and the Environment (MSE), Singapura.

Encik Wan Abdul Latiff Wan Jaffar, Ketua Pengarah Alam Sekitar, Malaysia selaku Co-Chair Mesyuarat Ke Lapan Belas Kumpulan Kerja Jawatankuasa Bersama Malaysia-Singapura (18th MSJCE WG) juga telah melaporkan mengenai Mesyuarat 18th MSJCE WG yang telah diadakan pada 26-27 Julai 2022 di Malaysia berkaitan pendirian kedua-dua buah negara berhubung isu-isu alam sekitar yang melibatkan Selat Johor, tindakan kawalan pencemaran dan kualiti alam sekitar seperti kenderaan bermotor, kualiti air di perairan Selat Johor, pengurusan bahan kimia dan buangan berbahaya, serta hal-hal berkaitan keselamatan dan kerjasama di dalam pengurusan kecemasan dan kawalan pencemaran tumpahan minyak dan bahan kimia.

Mesyuarat ini juga melibatkan kehadiran delegasi-delegasi Kementerian Alam Sekitar Air (KASA), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan 11 wakil agensi lain. Mesyuarat ini juga melibatkan kehadiran daripada Singapura yang terdiri daripada Ministry of Sustainability and the Environment, Singapore, National Environment Agency, Singapore dan 4 agensi lain daripada Singapura.