32nd MALAYSIA-SINGPORE ANNUAL EXCHANGE OF VISITS (MSAEV), 2019

Cik Yeo Bee Yin, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Malaysia telah melawat Singapura dari 14-15 November 2019 di atas jemputan Encik Masagos Zulkifli, Menteri Environment and Water Resources Singapura, untuk MSAEV antara Kementerian Alam Sekitar Malaysia dan Singapura. Sejak 1979, MSAEV merupakan satu platform yang memudahkan  hubungan dan kerjasama antara kedua-dua kementerian dalam hal berkaitan alam sekitar.

Delegasi Malaysia yang diketuai oleh Cik Yeo Bee Yin terdiri daripada Timbalan Ketua Setiausaha Dr Nagulendran Kangayatkarasu dan pegawai kanan dari Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Jabatan Alam Sekitar dan agensi kerajaan lain.

Encik Masagos Zulkifli mengetuai delegasi Singapura yang terdiri daripada Setiausaha Tetap Encik Albert Chua dan pegawai kanan Ministry of the Environment and Water Resources, National Environment Agency dan agensi kerajaan lain.