Fungsi CEPA

  1. Merancang , menganjurkan dan menyelaras program kesedaran alam sekitar melibatkan orang awam, agensi kerajaan, swasta, NGO dan industri seperti Hari Alam Sekitar Negara(HASN) Hari Bumi, Anugerah Langkawi dan sebagainya.
  2. Menguruskan program dan penyertaan Rakan Alam Sekitar yang melibatkan program Denai Sungai, Kudah (Plogging),Pembersihan Pantai, Penanam Pokok dan Inisiatif Rakan strategik.
  3. Meningkatkan dan memperkukuhkan CEPA antara JAS dan pihak berkepentingan melalui saluran media sebagai satu pendekatan norma baharu dan juga menguruskan media sosial sebagai salah satu medium penyampaian. Program webinar dengan pelbagai tajuk berkaitan isu semasa juga perlu dirancang dan dilaksanakan termasuklah program Pocket Talk dan sebarang bicara santai secara maya.
  4. Membentuk dan menyediakan montaj, video, infografik dalam menyampaikan maklumat kepada orang awam.
  5. Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksana program kesedaran dan Pendidikan alam sekitar dengan Kerjasama KPM, DBP dan agensi berkaitan seperti Sekolah Lestari, Kampus Lestari, Debat Alam Sekitar, Tesis 3 Minit Alam Sekitar serta penyediaan Modul Kelab Alam Sekitar.
  6. Merancang dan menerbit serta menyebarkan maklumat berkaitan alam sekitar dan menguruskan pusat sumber JAS. Antara penerbitan yang perlu dilaksanakan ialah EQR, Laporan, Tahunan, Kompendium, Buku Ilmiah,E-Buletin, Green Tips Promosi Monday is English Speaking Day.
  7. Menyediakan budget bagi program antarabangsa serta menyelaraskan kerjasama dua hala, serantau dan antarabangsa dalam perundingan berkaitan isu-isu alam sekitar. Antara mesyuarat yang diuruskan adalah MEXCOE,NEHAP, MSJCE, AWGEE, ASOEN dan sebarang input yang diperlukan berkaitan alam sekitar seperti APEC dan FTAs.