JABATAN ALAM SEKITAR

PEMBERITAHUAN AWAM PAMERAN LAPORAN EIA

Pemberitahuan Pameran Awam Bagi Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA)

Dimaklumkan bahawa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Malaysia sedang menilai Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) bagi Cadangan Projek

“Proposed Development of an Integrated Scheduled Waste Management Hub (ISWMH) at Lot 3-10, Sipitang Oil & Gas Industrial Park (SOGIP), Sipitang, Sabah for E Concern (Borneo) Sdn. Bhd.”

Orang awam adalah dijemput untuk memberi ulasan dengan mengemukakan maklum balas berdasarkan penelitian berkaitan Laporan EIA tersebut dalam tempoh pameran yang telah ditetapkan.

Laporan EIA ini akan dipamerkan dalam tempoh 2 Mei 2024 hingga 2 Jun 2024 dan ulasan awam sehingga 15 Jun 2024.

Laporan EIA ini turut dipamerkan di pusat pameran awam terpilih atau boleh dirujuk seperti butiran dibawah:

Keterangan lanjut;
Urusetia EIA, Bahagian Penilaian
Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Tel: 03-88712000
Faks: 03-8891045

 

ISWMH Sipitang - Kod QR