PROSEDUR BARU KAWALAN PENGIMPORTAN DAN PENGELUARAN PERALATAN PENYEJUKBEKUAN DAN PENYAMAN UDARA

Selaras dengan obligasi di bawah Protokol Montreal, kerajaan telah bersetuju untuk mengawal pengimportan, pengeluaran dan pemasangan peti sejuk dan penghawa dingin menggunakan HCFC. Peraturan untuk menguruskan bahan refrigeran adalah Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Pengurusan Refrigeran) 2020, HCFC disenaraikan dalam Jadual Kedua sebagai bahan kawalan yang berbahaya kepada alam sekitar. Peraturan itu juga menyatakan larangan pembuatan atau pemasangan mana-mana peralatan penyaman udara berasaskan HCFC untuk digunakan di Malaysia. Prosedur baharu ini akan berkuat kuasa pada 1 Disember 2022.