PENGAWASAN AIR TANAH

Air tanah merupakan sumber air di bawah tanah yang terdapat pada retakan dan ruangan  dalam tanah, pasir dan batu. Air tanah kini menjadi sumber air yang semakin penting. 

Air tanah juga terdedah kepada pelbagai punca pencemaran yang berpotensi  menjejaskan kegunaan berfaedahnya. 

Bagi memulihara sumber air tanah, Jabatan Alam Sekitar (JAS), di bawah Rancangan  Malaysia Ke-11 telah menjalankan satu kajian bagi membangunkan satu Standard Kualiti  Air Tanah Kebangsaan (kajian telah selesai pada tahun 2017). 

Program rangkaian pengawasan dan pelaporan kualiti air bawah tanah kebangsaan telah  bermula pada akhir tahun 1997 oleh Jabatan Alam Sekitar. 

Pewujudan program rangkaian pengawasan air tanah adalah bagi mempertingkatkan  kualiti air tanah yang komprehensif dan menyeluruh. Disamping itu, ianya juga akan  meningkatkan tahap dan kemampuan kualiti hidup rakyat melalui langkah-langkah  proaktif di dalam pengawalan punca-punca yang menyebabkan pencemaran air tanah  melalui pelaporan status kualiti air tanah yang tepat.  

Pembinaan stesen pengawasan air tanah adalah mengikut guna tanah spesifik.

Jadual: Bil. Telaga air tanah mengikut kategori-kategori kawasan guna tanah

NO 

GUNA TANAH 

BIL. TELAGA AIR  

TANAH

Kawasan Pertanian 

14

Kawasan bandar/pinggir bandar 

14

Kawasan industri 

22

Tapak pelupusan sisa pepejal 

26

Padang golf 

7

Tapak pelupusan radioaktif 

1

Kawasan luar bandar 

4

Bekas kawasan lombong 

3

Bekalan air tempatan 

5

10 

Tapak penanaman bangkai babi  (J.E)

14

11 

Ladang akuakultur 

7

12 

Kawasan peranginan (resort) 

2