Fungsi Air & Marin

  1. Kajian pengawasan air sungai dan program baru iaitu mengawalselia program, melaksanakan pengawasan, QA/QC, proses bayaran perkhidmatan kajian stesen pengawasan dan menggubal peraturan berkaitan sungai, air tanah, marin & alam sekitar.
  2. Pengurusan data sungai, validasi data analisis data, interpretasi data, sebaran maklumat (EQR), penstoran dan keselamatan.
  3. Inventori pencemaran air punca tetap dan punca ‘Non Point’, pencemaran air daratan (PS dan NPS), kajian pencemaran air dan langkah penyelesaian.
  4. Menyediakan kajian pelaksanaan IRBM, IRWM dan pelan tindakan kajian kajian sungai.
  5. Mengemaskini data mengikut lembangan sungai, mengurus dan menyelia kemasukan data inventori punca-punca tetap oleh JAS Negeri.
  6. Program pengawasan air tanah (industri, agensi kerajaan dan swasta, dll).
  7. Pembentukan program baru (standard kriteria dan indeks), kajian semula stesen pengawasan.
  8. Program pengawasan marin, QA/QC air marin, peralatan, program baru dan pengurusan validasi data, analisis data sebaran maklumat (EQR), penstoran dan keselamatan data.
  9. Maritim dan hubungan luar, mengenal pasti inventori punca pencemaran marin (Sea-Based-Land Based), mengumpul, mengemaskini maklumat lokasi ekosistem marin yang bernilai dan sensitif terhadap pencemaran.
  10. Memantau perubahan persekitaran marin (fizikal dan biologikal), kesan daripada aktiviti pembangunan projek infra, rekreasi, pengangkutan dan bencana terhadap ekosistem marin serta nilai estetik.
  11. Menyelaras program pengurusan dan kawalan pencemaran marin di peringkat antarabangsa, serantau dan nasional bagi membentuk garis panduan dan polisi berkaitan maritim, aplikasi teknologi terkini dan memantau pencemaran ekosistem.
  12. Penyelaras/ urusetia Rancangan Kontigensi Kebangsaan Kawalan Tumpahan Minyak, penggunaan Dispersent dan pembersihan pantai.