PEMBAKARAN TERBUKA

Pembakaran Terbuka di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974

  1. Di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, terdapat peruntukan bagi pembakaran terbuka iaitu di bawah Seksyen berkenaan : 
    • Seksyen 29A -Larangan atas pembakaran terbuka
    • Seksyen 29AA – Tidak termasuk sebagai “pembakaran terbuka”
    • Seksyen 29B – Pemunya atau penduduk premis bertanggungjawab bagi pembakaran terbuka
    • Seksyen 29C – Pembelaan.
  1. Pembakaran terbuka sepertimana ditakrifkan di bawah Seksyen 29A (3), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 ialah apa-apa kebakaran, pembakaran atau pembaraan yang berlaku di udara bebas dan yang tidak dihalakan ke udara bebas itu melalui serombong atau cerobong, tetapi tidak termasuk apa-apa kebakaran, pembakaran atau pembaraan yang berlaku bagi aktiviti-aktiviti yang ditetapkan oleh Menteri melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.
  2. Di bawah peruntukan Seksyen 29A (1) dan 29A (2) pula memperuntukkan larangan pembakaran terbuka iaitu tiada seorang pun boleh membenarkan atau menyebabkan pembakaran terbuka di mana-mana premis (termasuklah mana-mana tanah). Mana-mana orang yang didapati melakukan pembakaran terbuka, pelaku tersebut boleh didenda tidak melebihi RM 500,000 atau 5 tahun penjara atau kedua-duanya.

Perintah-Perintah Berkaitan Pembakaran Terbuka Di Bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 

  1. Di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 ini terdapat 3 perintah berkaitan pembakaran terbuka: 
  1. Terdapat beberapa agensi yang telah diwakilkuasa bagi menjalankan penyiasatan pembakaran terbuka seperti di bawah :

     

    AGENSI

    KAWASAN OPERASI

    Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)

    Hutan, belukar dan ladang

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

    Kawasan perumahan/ pembinaan

    Pihak Berkuasa Tempatan

    Kawasan pelupusan sampah/ perumahan/ pembinaan/ perbandaran/ rizab jalan dan rizab sungai

    Polis Diraja Malaysia

    Premis barang lusuh

    Perbadanan Putrajaya

    Wilayah Persekutuan Putrajaya

    Perbadanan Labuan

    Wilayah Persekutuan Labuan

    Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

    Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Nota : Kawasan siasatan bagi setiap agensi adalah TIDAK terhad kepada kawasan operasi yang dinyatakan sahaja

Pengesanan Pembakaran Terbuka 

  1. Jabatan Alam Sekitar mengesan dan menyiasat kes-kes pembakaran terbuka melalui saluran berkenaan :
    • Rondaan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka yang dijalankan secara harian oleh Jabatan Alam Sekitar. Aktiviti rondaan ini akan dipertingkatkan semasa cuaca panas dan kering; 
    • Aduan yang diterima oleh orang awam atau agensi lain melalui pelbagai saluran seperti telefon, email, eAduan dan sebagainya; dan
    • Titik panas atau hotspot yang dikesan melalui satelit.

       

  2. Jabatan Alam Sekitar akan menyiasat kesemua hotspot yang dikesan oleh satelit NOAA20 yang dilaporkan oleh ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC). ASMC adalah pihak rujukan di peringkat ASEAN untuk memantau dan menilai kebakaran darat dan hutan serta memantau kejadian jerebu merentas sempadan yang boleh berlaku di negara-negara ASEAN.

     

  3. Hotspot ialah satu titik pixel yang dikesan oleh satelit yang menunjukkan kebarangkalian berlakunya kebakaran. Namun pengesanan hotspot oleh satelit ini mempunyai beberapa kekangan seperti berikut :
    • False fire – satelit berkemungkinan mengesan false fire dan kemudian melaporkannya sebagai hotspot. False fire ini boleh terjadi apabila satelit mengesan sumber haba dari aktiviti perindustrian seperti boiler, flaring, dan sebagainya. Pantulan cahaya matahari juga boleh dicerap sebagai hotspot; dan
    • Litupan awan – litupan awan yang tebal akan menyebabkan satelit gagal mengesan kebakaran yang berlaku.

       

  4. Maklumat lanjut mengenai hotspot yang dilaporkan oleh ASMC ini boleh dicapai di laman sesawang ASMC di pautan https://asmc.asean.org/home/