KAWALAN KANDUNGAN KUALITI BAHAN API

Pada 1 Disember 2015, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Kandungan Petrol Dan Diesel) (Pindaan) 2015 bagi penguatkuasaan bahan api berspesifikasi EURO5 telah diwartakan. Tarikh penguatkuasaan Peraturan ini adalah pada 1 September 2020 bagi bahan api EURO5 diesel dan 1 September 2025 bagi bahan api EURO5 petrol. Susulan daripada kesan pandemik COVID-19 pelaksanaan kualiti bahan api berspesifikasi EURO5 ditangguhkan dari 1 September 2020 ke 1 Oktober 2021 atas faktor-faktor berikut :

  • Penurunan terhadap pasaran produk diesel disebabkan pelaksanaan PKP 3.0 yang bermula pada 1 Jun 2021 secara total lockdown dan perlu melalui beberapa fasa sebelum PKP 3.0 ditamatkan
  • Proses dilution di stesen-stesen minyak terus terjejas kerana semua syarikat minyak mengalami penurunan permintaan pasaran

Penangguhan ini dilaksanakan bagi memberi peluang kepada syarikat pengeluar minyak untuk lebih bersedia dalam memastikan bekalan bahan api diesel berspesifikasi EURO5 dapat dilaksanakan dengan baik setelah mengambil kira kegawatan ekonomi yang melanda negara dalam tempoh pelaksanaan kawalan pergerakan (PKP) susulan penularan wabak COVID-19.

Oleh yang demikian, penguatkuasaan ke atas kualiti bahan api Diesel EURO5 akan bermula pada 1 Oktober 2021