KAWALAN BUNYI BISING KENDERAAN BERMOTOR

Pelepasan bunyi bising daripada kenderaan bermotor dikawal di bawah PeraturanPeraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Bermotor) 1987. Operasi penguatkuasaan bagi mengawal pelepasan bunyi bising dari motorsikal telah dilaksanakan oleh pejabat-pejabat JAS negeri dengan kerjasama Polis DiRaja Malaysia (Cawangan Trafik).

Paras bunyi bising maksimum yang boleh dikeluarkan oleh kenderaan-kenderaan motor yang mempunyai dua atau tiga roda ialah seperti berikut :

Dikilang atau dipasang sebelum 1 Januari 1990

Kategori Kenderaan

Paras Maksima Dibenarkan ( dB(A) )

125 C.C ke bawah

95

Melebihi 125 c.c

99

 

Dikilang atau dipasang selepas 1 Januari 1990

Kategori Kenderaan

Paras Maksima Dibenarkan ( dB(A) )

125 C.C ke bawah

92

Melebihi 125 c.c

95

 Denda :

Kenderaan yang didapati mengeluarkan bunyi bising maksima melebihi yang dibenarkan, boleh dikenakan hukuman / denda berikut :

  • Kompaun tidak melebihi RM2,000.00