THE 18TH MSJCE WG2022

Mesyuarat Kelapan Belas Kumpulan Kerja Jawatankuasa Bersama Malaysia-Singapura Mengenai Alam Sekitar (18th MSJCE WG) telah diadakan pada 26–27 Julai 2022 di Kuala Lumpur. Mesyuarat telah dipengerusikan secara bersama oleh Encik Wan Abdul Latiff Wan Jaffar, Ketua Pengarah Alam Sekitar, Malaysia dan Encik Luke Goh, Ketua Pegawai Eksekutif, National Environment Agency (NEA), Singapore.

Mesyuarat ini telah melibatkan kehadiran delegasi-delegasi Malaysia iaitu JAS, Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) dan 12 agensi lain serta delegasi-delegasi Singapura iaitu NEA, Singapore dan 9 agensi lain daripada Singapura.

Mesyuarat ini diadakan bagi menyelaraskan pendirian kedua-dua buah negara berhubung isu-isu alam sekitar yang melibatkan Selat Johor tindakan kawalan pencemaran dan kualiti alam sekitar seperti kenderaan bermotor, kualiti air di perairan Selat Johor, pengurusan bahan kimia dan buangan berbahaya, dan hal-hal berkaitan keselamatan dan kerjasama di dalam pengurusan kecemasan dan kawalan pencemaran tumpahan minyak dan bahan kimia.

Selain itu, kerjasama di bawah institut latihan kedua-dua negara iaitu EiMAS dan Singapore Environment Institute (SEI) turut juga dibincangkan dan dikongsikan aktiviti dan program di bawah capacity building yang telah dijalankan dan program/ aktiviti yang akan diadakan pada masa depan.

Hasil keputusan Mesyuarat 18th MSJCE WG akan diangkat ke peringkat seterusnya iaitu Mesyuarat 34th MSJCE yang dipengerusikan secara bersama oleh Ketua Setiausaha/ Permanent Secretary Kementerian iaitu KASA dan Ministry of Sustainability and the Environment (MSE), Singapore dan seterusnya di peringkat Menteri kedua-dua negara iaitu 33rd Annual Exchange of Visits (AEV) yang akan diadakan.