Fungsi Kursus dan Latihan Alam Sekitar

  1. Mengenalpasti keperluan latihan dalam bidang undang undang, EIA, Pengurusan Alam Sekitar, kawalan hakisan dan kelodak, penguatkuasaan, kelodak, pengurusan buangan terjadual, pengendalian alat kawalan pencemaran udara dan pengendalian sistem rawatan effluent industri serta pelepasan pencemaran udara, pengurusan soft skill dan pencemaran air.
  2. Melaksanakan program penyelidikan dan pembangunan bagi projek projek pengeluaran bersih dan lain-lain inisiatif industri hijau.
  3. Menganjurkan kursus latihan dalam bidang undang-undang, penguatkuasaan dan pendakwaan untuk warga JAS dan pelanggan JAS menilai keberkesanan latihan.
  4. Melaksanakan program ‘outreach’ bersama agensi, institusi kewangan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan industri hijau.
  5. Melaksanakan program pembangunan kepakaran pengeluaran bersih, inisiatif industri hijau bagi pegawai-pegawai JAS dan industri.
  6. Melaksanakan Bantuan Audit pengeluaran bersih dan khidmat nasihat kepada industri bagi meningkatkan pematuhan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan pengurangan ‘Carbon Footprint’.
  7. Mengubal peraturan-peraturan dan mengkaji polisi berkaitan industri hijau serta meningkatkan kerjasama tempatan dan antarabangsa.
  8. Menilai keberkesanan latihan pengurusan program Latihan Kerjasama Luar Negeri seperti MTCP, MSJCE dan JICA
  9. Menjalankan promosi bagi pelaksanaan kehendak alam sekitar terkini berkenaan alam sekitar.
  10. Melaksanakan urusan sumber manusia, stor, inventori, pengurusan kewangan, sebut harga/tender, hasil Anggaran Belanjawan Mengurus, Pembangunan dan Amanah.
  11. Mengendalikan urusan laman web, data management & perpustakaan.