KONVENSYEN BASEL

  • Konvensyen Basel Mengenai Kawalan Pergerakan Buangan Berbahaya dan Pelupusannya merupakan perjanjian antarabangsa yang menetapkan obligasi untuk mengawal pergerakan merentasi sempadan dan pelupusan buangan berbahaya.
  • Malaysia telah menjadi negara parti kepada Konvensyen Basel pada 8 Oktober 1993 dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) merupakan pihak berkuasa kompeten yang dilantik bagi pengurusan Konvensyen Basel di Malaysia.
  • Sebagai negara parti kepada Konvensyen Basel, Malaysia mempunyai tanggungjawab untuk memastikan kesemua peruntukan di bawah Konvensyen tersebut dipatuhi sepenuhnya.
  • Sehubungan itu, polisi negara berhubung pergerakan merentasi sempadan bagi buangan berbahaya adalah seperti berikut:-
  1. Sebarang pengimportan buangan berbahaya untuk tujuan pemerolehan kembali atau pelupusan akhir adalah dilarang;
  2. Pengimportan buangan berbahaya hanya dibenarkan untuk tujuan gunasemula secara terus (direct reuse) atau sebagai bahan mentah alternatif sahaja dengan syarat buangan tersebut tidak terdapat di dalam negara;
  3. Sebarang pengeksportan buangan berbahaya dibenarkan tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-

    1. Negara import mempunyai teknologi lebih baik daripada teknologi sedia ada di Malaysia;
    2. Teknologi di negara import akan menghasilkan peratusan pemerolehan kembali yang lebih tinggi daripada premis pemerolehan kembali tempatan; atau
    3. Tiada kapasiti teknikal atau premis yang boleh menjalankan proses pemerolehan kembali ke atas buangan tersebut di Malaysia;

  4. Malaysia tidak membenarkan sebarang pengimportan buangan berbahaya daripada mana-mana negara ahli Economic Co-operation and Development (OECD), Suruhanjaya Eropah atau Liechtenstein, sepertimana yang digariskan dalam Ban Amendment, Konvensyen Basel.