HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA

Hari Alam Sekitar Sedunia (WED) yang disambut pada 5 Jun setiap tahun adalah satu platform antarabangsa bagi penganjuran program-program kesedaran awam yang disambut oleh lebih 100 Negara di seluruh dunia. Ianya telah diadakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai bermulanya Persidangan Stockholm 1972 untuk meningkatkan kesedaran dan tindakan masyarakat ke arah pemuliharaan alam sekitar. Ianya juga berperanan sebagai hari istimewa untuk masyarakat melakukan sesuatu yang positif untuk alam sekitar dan seterusnya memberi inspirasi kepada orang lain bagi mendapatkan impak positif yang lebih tinggi secara keseluruhan. Pelbagai aktiviti berkaitan alam sekitar daripada pelbagai pihak dianjurkan bersempena dengan Hari Alam Sekitar Sedunia.

Tema Hari Alam Sekitar Sedunia 2022 adalah “Only One Earth”.