MAKLUMBALAS BERKAITAN DENGAN PENYATA IMPAK PERATURAN AWAL (RIS) BAGI PERATURAN SEKTOR AIR
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Tuan/Puan,
MAKLUMBALAS BERKAITAN DENGAN PENYATA IMPAK PERATURAN AWAL (RIS) BAGI PERATURAN SEKTOR AIR MENERUSI PORTAL UNIFIED PUBLIC CONSULTATION, UPC
Jabatan Alam Sekitar mengalukan orang awam dan pihak berkepentingan untuk memberi pandangan terhadap cadangan untuk empat elemen pertama dalam dokumen RIS bagi peraturan sektor air.
Langkah ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran industri, validasi dari pemegang taruh, mendapatkan maklumat lanjut berkenaan isu, kos dan faedah pelaksanaan peraturan sedia ada.
Sila isi soal selidik yang disediakan di dalam dokumen konsultasi yang disediakan.
Tempoh maklum balas: 24/09/2025 – 24/10/2025
Sila beri komen anda di (klik dibawah):
a) Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009
b) Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan) 2009
c) Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pencemaran Daripada Stesen Pemindahan Sisa Pepejal dan Kambus Tanah) 2009
Sila log masuk ke portal UPC (http://upc.mpc.gov.my) sebagai pengguna berdaftar untuk memberikan ulasan atau maklum balas anda.