Jabatan Alam Sekitar > Latihan Menangani Tumpahan Bahan Kimia Di Lebuhraya LinKedua (Second Crossing) Di Bawah Kerjasama Dua Hala Malaysia-Singapore Joint Committee On The Environment (MSJCE) Kali Ke 14
LATIHAN MENANGANI TUMPAHAN BAHAN KIMIA DI LEBUHRAYA LINKEDUA (SECOND CROSSING) DI BAWAH KERJASAMA DUA HALA MALAYSIA-SINGAPORE JOINT COMMITTEE ON THE ENVIRONMENT (MSJCE) KALI KE 14
Makluman pelaksanaan penutupan penuh laluan (Arah Utara) dan pengaktifan laluan kontra (Arah Selatan) di antara Kompleks Sultan Abu Bakar, Malaysia dan Immigration Checkpoints Authority (ICA) Singapura di KM – 0.6 hingga KM -1.70 di Lebuhraya Linkedua bagi Latihan Simulasi Kecemasan Tumpahan Kimia pada 23 Julai 2025 (Rabu) secara berperingkat bermula jam 4.00 pagi hingga 2.00 petang.
Para pengguna dinasihatkan memandu berhati-hati, mematuhi arahan papan tanda dan juga petugas trafik sepanjang tempoh latihan tersebut serta merancang perjalanan anda. Segala kesulitan amat dikesali.