JABATAN ALAM SEKITAR

PEMBERITAHUAN AWAM PAMERAN LAPORAN EIA

Dimaklumkan bahawa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Malaysia sedang menilai Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) bagi
 
ENVIRONMENTAL IMPACT ASSESSMENT (EIA) BAGI CADANGAN PENAMBAKAN DI KAWASAN ZON EKONOMI PERSISIRAN PANTAI SELAT MELAKA [STRAITS OF MELAKA WATERFRONT ECONOMIC ZONE (SM-WEZ)], KAWASAN BANDAR XLIII, XLIV DAN XLVI, DAERAH MELAKA TENGAH, MELAKA UNTUK SM-WEZ CORPORATION.
 
Orang awam adalah dijemput untuk memberi ulasan dengan mengemukakan maklum balas berdasarkan penelitian berkaitan Laporan EIA tersebut dalam tempoh pameran yang telah ditetapkan.
 
Laporan EIA ini akan dipamerkan dalam tempoh 14 Mei 2025 hingga 12 Jun 2025 dan ulasan awam sehingga 27 Jun 2025.

Laporan EIA ini turut dipamerkan di pusat pameran awam terpilih atau boleh dirujuk seperti butiran dibawah:

Keterangan lanjut;
Urusetia EIA, Bahagian Penilaian
Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Tel: 03-88712000
Faks: 03-8891045