PENCALONAN ANUGERAH LANGKAWI - KELESTARIAN ALAM SEKITAR

Pencalonan Anugerah Langkawi – Kelestarian Alam Sekitar (ALKAS) sesi 2023/2024 dibuka bermula 1 Januari 2024 sehingga 31 Mei 2024. Semua individu dan organisasi yang berminat untuk menyertai ALKAS adalah dijemput untuk mengimbas kod QR di bawah atau melalui pautan http://tinyurl.com/ytjuf29n.

ALKAS adalah penghargaan dan pengiktirafan tertinggi negara daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) kepada individu dan organisasi di Malaysia yang telah memberikan sumbangan besar dan signifikan ke arah kelestarian alam sekitar.