Pemakaian Dokumen Guidelines And Criteria For Registered Continuous Emission Monitoring System (CEMS)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan,

Sepertimana yang Tuan/Puan sedia maklum, Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menetapkan prosedur dan spesifikasi pemasangan Continuous Emission Monitoring System (CEMS) yang terkandung di dalam dokumen Guideline For The Maintenance of Continuous Emission Monitoring System (CEMS) For Industrial Premises/ Facilities Version 7.0 June 2019 terbitan Jabatan ini. Prosedur tersebut adalah merangkumi keperluan perlaksanaan pengujian (audit) ke atas CEMS yang dipasang dan perlu dilaksanakan oleh Penguji (auditor) CEMS yang berdaftar dengan JAS sahaja.

Berikutan dengan bilangan pemasangan CEMS dan permintaan pelaksanaan pengujian (audit) CEMS di kalangan pihak industri yang meningkat, maka terdapat keperluan Jabatan ini untuk menambah bilangan Penguji (auditor) CEMS yang berdaftar.

Sehubungan dengan itu, JAS telah membangunkan satu dokumen bertajuk Guidelines And Criteria For Registered Continuous Emission Monitoring System (CEMS) Tester, Version 1.0, March 2022 sebagai panduan kepada mana-mana pihak yang berminat dan layak untuk memohon. Kesemua Penguji CEMS yang telah sedia berdaftar dengan JAS juga perlu merujuk kepada dokumen ini selaras dengan hasrat Jabatan untuk memastikan kualiti dan standard Penguji (auditor) CEMS berdaftar dapat diselaraskan.

Pemakaian dokumen ini adalah serta merta berkuatkuasa pada tarikh ianya dipaparkan di laman sesawang Jabatan Alam Sekitar.

Sekian, terima kasih.