Cadangan Skim Insuran Alam Sekitar kepada Premis Yang Dilesenkan

Bahagian Bahan Berbahaya, Jabatan Alam Sekitar ingin mempelawa mana-mana syarikat insuran yang berdaftar dan menjadi ahli Persatuan Insuran Am Malaysia (PIAM) untuk mengemukakan cadangan Skim Insuran Alam Sekitar kepada Premis Yang Dilesenkan oleh Jabatan ini. Syarikat insuran yang berminat boleh mengemukakan cadangan tersebut ke Jabatan ini selewat-lewatnya pada 28 Februari 2022. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh terus menghubungi pegawai Jabatan ini, En. Norhisham Abdul Hamid di talian 03-88712124/email: nhh@doe.gov.my atau En Jafri Md Noor di talian 03-88712130/email: jmn@doe.gov.my