• Bahasa Lain

Bahagian Ibu Pejabat

Bahagian Pentadbiran & Kewangan

Objektif & Fungsi

  1. Memberi khidmat sokongan melalui peralatan dan system pentadbiran.
  2. Membantu mempertingkatkan pembaharuan sistem pentadbiran jabatan.
  3. Merancang, mengurus dan mengawal kewangan dan perakaunan.
  4. Mengurus dan mengawal peruntukan bagi belanja mengurus dan pembangunan.
  5. Merancang, mengurus dan mengawasi hal ehwal sumber manusia dan keperluan latihan.
  6. Mengurus, merancang dan mentadbir hal ehwal perjawatan.

Bahagian Penguatkuasaan

Objektif & Fungsi

  1. Memperkemas dan memperkasakan kaedah-kaedah dan tindakan-tindakan penguatkuasaan bagi menghasilkan kerja penguatkuasaan yang berkualiti dan professional demi meningkatkan imej Jabatan Alam Sekitar sebagai satu agensi penguatkuasa yang berintegriti.

Bahagian Penilaian

Objektif & Fungsi

  1. Mentadbir Seksyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan)(Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 1987.
  2. Menilai kajian impak kepada alam sekeliling bagi projek-projek pembangunan yang tertakluk sebagai Aktiviti Yang Ditetapkan.
  3. Menggubal dan mengemas kini dasar/polisi, garis panduan, prosedur dan senarai semak berkaitan.
  4. Memberi input alam sekitar dan syor pelaksanaan kepada agensi-agensi terhadap perancangan projek pembangunan.

Bahagian Bahan Berbahaya

Objektif & Fungsi

  1. Merancang dan melaksanakan strategi pengurusan bahan/ buangan berbahaya.
  2. Menggubal peraturan, garispanduan, dan Peraturan Tetap Operasi (SOP) mengenai buangan terjadual/benda berbahaya (EHS) dan tanah tercemar.
  3. Melaksana dan mematuhi obligasi Konvensyen Antarabangsa mengenai bahan/buangan berbahaya.
  4. Mengawalselia lesen pengolahan dan perlupusan buangan terjadual.
  5. Mengkoordinasi operasi tindakan pengurusan pelupusan haram buangan terjadual.
  6. Merancang dan melaksanakan rangka kerja pengurusan tanah tercemar.
  7. Merancang, mengurus dan mengawal EHS.

Bahagian Air & Marin

Objektif & Fungsi

  1. Menyelaras dan memantau program penguatkuasaan pencemaran marin dan kawalan tumpahan minyak.
  2. Mengawalselia dan memantau program pengawasan kualiti air sungai, air tanah dan marin serta pengurusan data pengawasan dan pelaporan.
  3. Melaksana kajian sungai serta memantau program pencegahan dan kawalan pencemaran air daratan (termasuk punca tetap dan punca tidak tetap).
  4. Mengurus hal-ehwal hubungan luar mengenai pemeliharaan alam sekitar marin.

Bahagian Komunikasi Strategik

Objektif & Fungsi

  1. Meningkat dan memperkukuhkan komunikasi kesedaran alam sekitar di antara Jabatan dan masyarakat.
  2. Menerbit dan menyebarkan maklumat alam sekitar.
  3. Mengeratkan kerjasama dua hala, serantau dan antarabangsa dalam pengurusan alam sekitar.
  4. Sebagai Focal point untuk agensi dan badan-badan antarabangsa mengenai alam sekitar.
  5. Merancang, menganjur dan menyelaras program meningkatkan kesedaran dan pendidikan alam sekitar pada kalangan pelajar.
  6. Merancang, menganjur dan menyelaras program meningkatkan kesedaran dan pendidikan alam sekitar pada kalangan awam dan industri.

Bahagian Udara

Objektif & Fungsi

  1. Menentukan rangkaian program kualiti udara kebangsaan untuk memantau status kualiti udara di seluruh negara.
  2. Mengawal selia pelaksanaan program penswastaan kualiti udara.
  3. Mengenalpasti, menyelaras dan melaksanakan kajian-kajian berkaitan kualiti udara, bunyi bising, gegaran dan kawalan punca pencemaran udara.
  4. Mengemaskini data-data inventori punca-punca pencemaran udara.
  5. Membentuk dan menentukan dasar/polisi, strategi perundangan dan program bagi.
    • Kawalan pencemaran udara dari punca-punca tetap.
    • Kawalan pencemaran udara dari kenderaan bermotor.
    • Kawalan dan penghapusan penggunaan bahan-bahan pemusnah lapisan ozon.
    • Kawalan pencemaran bunyi bising dan getaran persekitaran.

Bahagian Teknologi Maklumat

Objektif & Fungsi

  1. Merancang pelan Sistem Maklumat JAS.
  2. Merancang, membangun, melaksana dan menyenggara sistem-sistem aplikasi JAS.
  3. Mengurus prasarana ICT JAS.
  4. Mengurus maklumat pangkalan data JAS.
  5. Mengurus pelaksanaan pembudayaan ICT JAS.
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 11+, Mozilla Firefox, Google Chrome dan Safari dengan resolusi minimum 1280x768 piksel.
Kemaskini Terakhir:

October 16, 2017 @ 2:29 pm

DOE Leaf