• Bahasa Lain

Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) Cadangan Tapak Pelupusan Selamat (Premis Yang Ditetepkan) Untuk Penstoran Neutralisation Underflow (NUF) Solids di Tapak Sedia Ada, LYNAS ADVANCE MATERIALS PLAT (LAMP), Lot Pt 17212, Estate Industri Gebeng, Pahang Malaysia

Dimaklumkan bahawa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Malaysia sedang mengkaji Laporan EIA untuk projek tersebut di atas. Orang ramai adalah dialu-alukan untuk memberi ulasan bertulis ke atas Laporan EIA berkenaan yang boleh didapati dan dirujuk di tempat-tempat seperti berikut:-

  • Perpustakaan Jabatan Alam Sekitar Putrajaya
  • Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang
  • Jabatan Alam Sekitar Cawangan Gebeng
  • Majlis Perbandaran Kuantan
  • Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan
  • Pejabat Penghulu Mukim Sg. Karang
  • Pejabat Daerah Kuantan
  • Pejabat AELB Kemaman
  • Perpustakaan Awam Pahang
  • Balai Polis Beserah

Orang ramai boleh menyemak laporan tersebut bermuka daripada 6 Mac 2019 hingga 4 April 2019 dan mengemukakan ulasan bertulis kepada Jabatan Alam Sekitar sebelum 19 April 2019. Ulasan bertulis tersebut hendaklah dikemukakan kepada:-

Ketua Pengarah
Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubatan Iklim (MESTECC)
Aras 2, Podium 3, Wisma Sumber Asli
No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4
62574 PUTRAJAYA
(U.p.: Bahagian Penilaian Jabatan Alam Sekitar-Urusetia Laporan EIA)

Tel: 03-88712000
Faks: 03-88891045

Orang ramai juga boleh melayari laman Portal Enviro Knowledge Management Center (EKMC) di alamat;

https://enviro.doe.gov.my/ekmc/eia/laporan-penilaian-kesan-kepada-alam-sekeliling-eia-proposed-onsite-secure-landfill-prescribed-premise-for-the-storage-of-neutralisation-underflow-nuf-solids-at-the-existing-lynas-advance-materia/ untuk merujuk Ringkasan Eksekutif dan Keseluruhan Laporan

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 11+, Mozilla Firefox, Google Chrome dan Safari dengan resolusi minimum 1280x768 piksel.
Kemaskini Terakhir:

October 15, 2019 @ 10:49 am

DOE Leaf