Dimaklumkan bahawa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Malaysia sedang mengkaji Laporan EIA untuk projek tersebut di atas. Orang ramai adalah dialu-alukan untuk memberi ulasan bertulis ke atas Laporan EIA berkenaan yang boleh didapati dan dirujuk di tempat-tempat seperti berikut:-

  • Perpustakaan Jabatan Alam Sekitar Putrajaya
  • Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang
  • Jabatan Alam Sekitar Cawangan Gebeng
  • Majlis Perbandaran Kuantan
  • Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan
  • Pejabat Penghulu Mukim Sg. Karang
  • Pejabat Daerah Kuantan
  • Pejabat AELB Kemaman
  • Perpustakaan Awam Pahang
  • Balai Polis Beserah

Orang ramai boleh menyemak laporan tersebut bermuka daripada 6 Mac 2019 hingga 4 April 2019 dan mengemukakan ulasan bertulis kepada Jabatan Alam Sekitar sebelum 19 April 2019. Ulasan bertulis tersebut hendaklah dikemukakan kepada:-

Ketua Pengarah
Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubatan Iklim (MESTECC)
Aras 2, Podium 3, Wisma Sumber Asli
No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4
62574 PUTRAJAYA
(U.p.: Bahagian Penilaian Jabatan Alam Sekitar-Urusetia Laporan EIA)

Tel: 03-88712000
Faks: 03-88891045

Orang ramai juga boleh melayari laman Portal Enviro Knowledge Management Center (EKMC) di alamat;

https://enviro2.doe.gov.my/ekmc/eia/laporan-penilaian-kesan-kepada-alam-sekeliling-eia-proposed-onsite-secure-landfill-prescribed-premise-for-the-storage-of-neutralisation-underflow-nuf-solids-at-the-existing-lynas-advance-materia/ untuk merujuk Ringkasan Eksekutif dan Keseluruhan Laporan