OPERASI GEMPUR

JAS pada tahun 2020 telah mengambil inisiatif berimpak tinggi dengan melaksanakan  Operasi Gempur, iaitu operasi penguatkuasaan bersasar ke atas premis yang tertakluk  kepada Akta 127 secara besar-besaran. Ianya bertujuan untuk mempertingkatkan  penguatkuasaan 127 dalam usaha menangani isu-isu pencemaran alam sekitar yang  boleh menjejaskan kualiti alam sekitar dan kesejahteraan masyarakat. Operasi ini juga  turut dilaksanakan bagi mencegah kes-kes pencemaran air yang boleh menyebabkan  henti tugas loji bekalan air. 

Operasi ini telah dilaksanakan di seluruh Negara secara berkala. Program ini juga turut  dijalankan secara bersepadu dengan penglibatan langsung dari pelbagai agensi  penguatkuasa yang berkaitan mengikut bidang kuasa masing-masing bagi meningkatkan  lagi keberkesanan penguatkuasaan ke atas premis.  

Melalui Operasi Gempur ini, pemilihan penguatkuasaan diutamakan terhadap premis  atau punca-punca pencemaran terutamanya yang memenuhi antara kriteria berikut:

  1. terletak di hulu takat pengambilan air; 
  2. operasi premis yang mendapat aduan yang kerap; 
  3. premis yang menghasilkan beban pencemar yang tinggi; 
  4. premis bermasalah dan sering dikenakan tindakan penguatkuasaan;
  5. premis yang dilesenkan oleh JAS; 
  6. premis menghasilkan buangan terjadual dalam kuantiti yang tinggi; atau
  7. premis yang terletak di kawasan yang mempunyai isu alam sekitar. 

Pada tahun 2020, JAS telah menjalankan 114 Operasi di seluruh Negara yang  melibatkan 4,050 premis dari pelbagai jenis industri. Sebanyak 6,719 tindakan  penguatkuasaan di bawah Akta 127 telah diambil ke atas premis yang gagal mematuhi  peruntukan Akta tersebut yang turut melibatkan 4,999 kompaun dan 58 penyediaan  kertas siasatan untuk tindakan mahkamah.