Keadaan hujan di satu dua tempat terutama di kawasan yang terbakar telah menyebabkan kualiti udara bertambah baik di kawasan-kawasan yang terlibat
dan tiada bacaan IPU tidak sihat dicatatkan sehingga kini.

Walau bagaimanapun, JAS telah mengesan kebakaran hutan yang berlaku di kawasan Rompin, Pahang pada 2 Mac 2021 dan tindakan pemadaman sedang giat dijalankan. Keadaan ini tidak memberi kesan kepada bacaan IPU di kawasan yang berhampiran dengan stesen pemantauan udara di Rompin.

Kenyataan-Media-Kualiti-Udara-JAS-3-Mac-2021